akal : kenapa kau muram?
hati : aku tak tahu. jantung berdegup seperti ada yang tak kena
akal : aku tahu, kau tahu sebabnya. apakah niatmu ke sini?
hati : niatku untuk berjuang. Lillahi taala
akal : jadi? apa sebabnya kau gusar begini?
hati : pabila mata melihat dia, aku tahu, niatku goyah. jantung berdegup kencang. aku cemburu. aku tidak dapat bersama mereka terutamanya dia. aku pernah berdiri di tempat mereka berdiri sekarang. aku meronta-ronta untuk bersama mereka lagi. tapi aku sedar, itu tak mungkin terjadi. aku sakit, merintih. aku seperti hendak menjerit, "lihatlah aku! aku di sini. aku pernah berjuang bersama kalian dulu. kenapa tinggalkan aku begini...??"
akal : Istighfar sahabat. segala yang terjadi ada hikmahnya. mungkin mata akan melihat sesuatu yang lebih menyenangkan kau. mungkin kulit akan merasa semangat dan keikhlasan orang di sekeliling kau sehingga kau terasa hangat. betulkan niatmu sahabat. jika kau masih merintih, biarlah mata menangis untuk malam ini sahaja. bibir akan perlu menguntumkan senyuman esok hari. walaupun tempat kita dan mereka tak sama, matlamat kita semua cuma satu. jadi, perjuangan harus diteruskan. dan, jika dia masih menganggap kita sahabat, dia akan kembali kepada kita.
hati : terima kasih akal. aku cuma ada kau ketika ini.
...i want to be there, like i used to...