Thursday, December 30, 2010

new arrival

Posted by aqilah ismail at 12:46 AM 0 comments
hehehe....balik kali ni dapat handbag baru. credit to mama. *muahh3*. Q juz design jer. sila2 tengok. jangan malu2. (sori. kualiti gambar agak tidak memuaskan. lupa bawak kabel kamera . dapat gune hp cap ayam jer...T_T)

hehehe...cute x..? (peliknye soalan...) sgt2 suke part riben tuh..

best part! dalam dye same dengan pattern riben dye. hahaha...

sebenarnya Q nak handbag kecik siket. tapi dapat yang besar pown ok gak. ala2 inggeris gitu. kwang3. papehal pown, memang sangat hepi dapat beg nih...^___^

Friday, December 24, 2010

0006 24th Dec 2010

Posted by aqilah ismail at 12:00 AM 2 comments
i wish happiness can be bought in small sachets so i can bring it anywhere and take it 3 times per day...

i just bought happiness with RM107. but it only last in 24 hours.

Monday, December 13, 2010

20kg

Posted by aqilah ismail at 10:21 PM 0 comments
i need to...
i have to...
i must...

loss 20kg in 4 months!!!

''cam mustahil jer'' *suare2 halus*

tak bleh2. kena gak turun 20kg by Mei next year. jap2 nak calculate.

1 bulan = 5 kg
4 bulan = 20kg

boleh2!! kena tekad giler2 nih...

kenape tetibe je nak kurus nih.

penyebab paling utama...sye nak tauliah dan menjadi Leftenan Muda pada Jun next year.

sebab2 sampingan...nampak cun sket kot..hahaha. selesa..?? emm..selama ni sye pakai je ape yang sye suka. xde terbatas pown.

sebab yang baru muncul sejak dua menjak nih...sye nak jadi model. especially model untuk wedding dress. antara pic yang sye teringin sangat nak ambil ialah dengan wedding gown putih dengan scenery bawah pokok besar dan rama2 (giler fairytale la..ahh x kire!) dengan ketinggian sye, memang lepas sangat la. *grin2*

so, wait for a new me...hahaha *peace!*

Tuesday, November 30, 2010

i'm guilty

Posted by aqilah ismail at 4:28 AM 0 comments
sejak beberape minggu ni, hidup memang sangat2 miserable. seolah-olah, semua orang yang ade kat atas planet yang ketiga paling dekat dengan matahari nih, menghukum sye.
diatas kesalahan, mendapat wireless yang agak mantap kat meja study sendiri sehingga berjaya mendonlod tak kurang daripada 10 cerita bersiri 16 episod korea, taiwan dengan thailand.

kesalahan lain, tido lepas subuh pastu bangun before zohor. pukul berape tu, takyah citer la..

kesalahan lain, tak replay mesej orang sebab takde kredit.

kesalahan lain, post status kat facebook dialog citer thailand pastu ade pulak orang terasa. kadang2 status kat fb sye pown boleh jd isu. tolongla..sye bukannye miley cyrus.

kesalahan lain, study time orang lain tido, pastu tido time orang lain stadi (ni kes time exam week aritu).

kesalahan lain, makan dalam bilik, depan laptop sambil tengok muvee sebab takde sape pown nak teman sye makan.

kesalahan lain, suke menyanyi.

kesalahan lain, suke ketawa.

kesalahan lain, suke menangis.

maybe ade lagi kesalahan yang sye buat yang menyinggung perasaan orang lain tapi sye tak sedar. kadang-kadang sye rase penat sangat. apa lah yang sye boleh buat supaya orang sume puas hati. memang sangat2 mustahil la kan. manusia mane pernah puas.

"orang yang paling suka tengok kita jatuh, adelah orang yang paling dekat dengan kita''

sye tak ingat sape yang cakap kat sye menda nih. ade betulnye, ade salahnye. semuanya bergantung kepada hati, dan juge ketentuaan Yang Maha Esa. perancangan masa hadapan, err..xde la hadapan sangat. next sem. 1 semester je lagi.

pertama, belajar macam nak jadi orang paling pandai dalam dunia. habiskan final year project dengan jayanya.

kedua, sentiasa bawak ipod dan pastikan earphone sentiasa kat telinga supaya tak dengar orang laen mengata.

ketiga, menyebokkan diri dengan banyak aktiviti yang ade kat unimas nih

keempat, mendonlod lagi banyak cerita korea, taiwan dengan thailand. pastu nak start donlod citer filipina plak even kadang2 citer filipina extreme panjang.

kelima, makan bila rasa nak makan.

keenam, simpan duit supaya bila stress siket je bleh terbang balek selangor.

ketujuh, pastikan kredit kat tepon sentiase ade supaya boleh call yana dengan mama selalu sebab dah takde orang nak cakap dengan sye kat sni. lama sangat tak bercakap kang lupe plak camne nak cakap.

kelapan, nak khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali.

kesembilan, carik pakwe baru (not compulsory...)

tu je kot dulu perancangan masa depan sye yang tak berape hadapan nih. pesanan untuk diri sendiri.

sye hidup untuk sye. bukan untuk orang lain.

keraskan hati sekeras konkrit.

jangan percaya hati orang lain.

be a drama queen.

that's all. ciao..^__^

Saturday, November 20, 2010

eww...hot guy..!!

Posted by aqilah ismail at 11:37 PM 0 comments
still dalam mood exam. ade lagi 2 papers dan boleh dikatakan paper yang meninggalkan kesan degil la. even dalam study mode, sempat lagi tengok Charmed. ingat x, citer pasal 3 hot witches that called themselves the Charmed One. time tu kalau tak salah tahun 1999, sye still darjah 4. hahaha. yang ada dalam simpanan skang dari season 1-5. i need to admit it. sangat2 addicted. dah ulang lebih 5 kali for each season. dalam banyak2 menda yang sye perasan dalam citer Charmed ni, selain good vs evil, forbidden marrige and all sort of things, each episode mesti ade hot guy. x kesah la, innocent ke, demon ke, one night stand je ke, tapi mesti ade hot guy. sometime, they like so~~o hot and make me feel ''owh, dis is my dream guy'' *stadi la pompuan. stop drooling!* (suare2 halus).

come to think, what do i actually look for a guy. i mean, of coz, for soulmate, kena cari yang boleh bimbing sye ke jalan Allah. tapi, what kind of guy that i can consider as dream guy..??

1) yang pastinya, sye akan cari guy yang lebih gelap dari sye. sesungguhnye lelaki yang lagi cerah dari sye walau cuma 1 tona lebih cerah dikategorikan sebagai PUTIH. ok. memang la lelaki cerah lagi cute, dan sye memang sangat suke hero2 cerita korea dan kalo boleh nak ade astro beyond utk tengok korea in HD. tapi, utk berjalan seiring dengan lelaki yang lagi cantik, sye tekankan di sini, cantik, bukan pilihan sye. dan sye rase lelaki tanned or dark, more to dark, have their own charm. hee~~

2) utk ketinggian, actually, sye x pernah kisah. sebabnya, selama sye dah pandai cari lelaki teman sye msg sampai pagi ni, sye tak pernah lagi dapat lelaki yang tinggi dari sye. hello~ im juz 170cm. not that tall, juz big.

3) kena ade sense of humor. emm..its normal i think for a girl to find someone that can heal your pain by the wind of laughter (whoa!! where i got this phrase from??)

4) i realize this when i was in matrix. i really love the guy that damn cool in front of others and show his true colours just in front of me. ok. bukan la temper, sex maniac. tapi funny, banyak cakap, gila2. giler suka bila ada orang cakap dgn sye, ''suka la tgk si X ni. senyap, sopan, baik je.'' padahal kat belakang memang sengalss. im pretty sure it's not a good thing to have a boyfriend with double faces, but, i like it in some ways.

5) yang pastinya sye suke guy yang suke menyanyi and have such a good voice. lelaki yang suke karoke perhaps. hehehe...

6) yang ni sye baru perasan recently. sye suke lelaki yang giler kamera. taking picture is a good way to preserve a particular memory. and i really like to do it a lot.

7) rasanya yang paling penting ialah how he make me feel. lelaki kacak a.k.a jejaka idaman malaya will make me like "whoa!! hot guy in da house!!'' but most of the time, sye nampak that guy is a guy that make my head spinning is after i know him well. i mean, really well. most of the time, lelaki yang pada awalnya, tak terdetik pun nak crush on him. obviously im not colbi caillat. i don't feel lucky to fall in love with my bestfriend. it screwed us up.

8) add on lain macam protective, caring etc..etc..etc.. that a common sense. err..i think.

okeh. enough talking about guys. whoever meant to be with me in the future, i just need to accept him with a big hug. back to study. good luck for me..!!


Thursday, November 18, 2010

ape benda nih...??

Posted by aqilah ismail at 1:49 AM 0 comments
spisis A marah kat spisis B sebab kat depan nampak baik, pastu kat belakang kutuk2, dok bawak mulut, dok bukak kedai kopi, tah hape lagi. tapi spisis A ni plak kat depan nampak sabar, happy, kat belakang, bengang pastu dok mengata spisis B nih. spisis A tak suke sebab spisis B hipokrit, abes tu, spisis A tu hape..?? tak ke cerek mengate si periuk (keluar lagi proverb ni...^^).

semua orang sentiasa pakai topeng. cerek ke, periuk ke, memang same-same hitam.

by the way, kalau bengang dengan spisis B, jangan satu ecosystem kamoo salahkan. ecosystem kite kecik jer. jangan ingat semua sama dengan spisis B.

sye dah bertambah susah nak percaya kat hati orang lain. thanks la...

Tuesday, November 16, 2010

glimpse

Posted by aqilah ismail at 9:32 PM 0 comments
sye nampak kamoo tadi. juz a glimpse. tp kamoo nampak sangat shining. ibarat tengah tengok movie, tetibe je slow-mo pastu ade cahaye2 dengan angin2 tah datang dari mana. macam tengok iklan perfume tak pown iklan pencuci muke pown ade. with white shirt and jeans (whoa!!), sambil tangan pegang earphone sebelah masukkan kat telinga. pastu dengan senyum yang boleh wat mak mertua cair. terdetik hati sye, sye memang tak layak jalan sebelah kamoo.

"sory tak tegur. by the way. good luck exam"

memang lepas tu semangat nak pegi exam. hehehehe

Saturday, November 13, 2010

overshine

Posted by aqilah ismail at 6:09 PM 0 comments
once, somebody told me that you hate me because im overshine-ing you. i cant see that making any sense. you have everything more than i could imagine.

when i say more, i mean more

Tuesday, November 9, 2010

je t'aime

Posted by aqilah ismail at 11:11 PM 0 comments
as hard as it may seem, sometimes we just have to learn to let go...

i am really hopping that you miss me too

Sunday, November 7, 2010

lagi lagu yang membunuh

Posted by aqilah ismail at 9:39 PM 0 comments
It started out as a feeling
Which then grew into a hope
Which then turned into a quiet thought
Which then turned into a quiet word

And then that word grew louder and louder
'Til it was a battle cry

I'll come back
When you call me
No need to say goodbye

Just because everything's changing
Doesn't mean it's never
Been this way before

All you can do is try to know
Who your friends are
As you head off to the war

Pick a star on the dark horizon
And follow the light

You'll come back
When it's over
No need to say good bye

Now we're back to the beginning
It's just a feeling and now one knows yet
But just because they can't feel it too
Doesn't mean that you have to forget

Let your memories grow stronger and stronger
'Til they're before your eyes

You'll come back
When it's over
No need to say good bye

the call
by regina spektor

sampai bila sye nak jadi macam ni...??
there is no 'us' anymore...
only 'you' and 'me'...
and two different world...

seadanya aku

Posted by aqilah ismail at 2:10 AM 0 comments
Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia


by nubhan...

dah lama tak dengar lagu ni. meragut jantung sye tetibe.... T_T

Saturday, November 6, 2010

long sigh

Posted by aqilah ismail at 7:59 PM 0 comments
sye harap sye boleh benci menyanyi. sebab, setiap kali sye menyanyi, sye akan ingat kat kamoo yang juge suke menyanyi. sangat benci bila menyanyi lagu catchy pown rasa nak nangis.

apa kamoo tengah buat sekarang yer....?

Thursday, October 28, 2010

sesuam horlicks di pagi hari

Posted by aqilah ismail at 1:03 PM 0 comments
...22102010...
...1800H...


Q dapat call dari kak isma. mama makin teruk. dah tak boleh jalan sendiri. dah pindah dalam bilik khas. kena bergantung dengan mesin oksigen.

terkedu

air mata tak boleh stop mengalir. kak isma cakap esok nak ambil yana. kesian kat yana gak. dia tengah final. tapi rasanya time2 camni, semua dah tak penting. Q tekad. Q nak balik rumah gak. nak tengok mama.

perkara pertama Q buat. check tiket.
perkara kedua Q buat. cari duit.

...1900H...

Q try mesej kawan2 Q nak pinjam duit. Q berani nak pinjam duit sebab Q tahu. by the end of this year, Q akan ada duit yang cukup nak ganti balik. malam tu Q rasa, Q bersyukur sangat2. dalam keadaan camni, still ada yang cuba tolong Q.

++ faez : Q try nak pinjam 100 dari dia. dia cakap ok. tapi bila da sampai kat bank, tak boleh buat transfer sebab kad Q ialah kad debit. dia nak hantar cash kat kolej. tapi malam tu hujan lebat gila. dia naik motor. Q taknak susahkan dia. Q cakap takpe. Q try cari yang lain

++ kak nad : Q try tanya kalau dia ada duit. dia minta maaf sangat2 sebab dia pun tengah pokai. tapi dia minta Q update kalau ada ape2

++ adib : Q try mesej & call. tapi takde respon. rupa2nya dia pergi rugbi. lepas dia balik, Q call minta tolong pastu dia cakap, "takpe2. sok pagi aku bawa ko pergi airport. beli tiket. guna duit aku dulu." tapi Q nak beli online. murah sikit. Q cakap, takpe la. Q try cari lagi. dia cakap, "kau jangan camni. kalau ada masalah, jangan simpan sorang2. kita ramai kawan boleh tolong"

++ salihin : Q just nak bagitau dia Q nak balik tapi tak cukup duit. takde la nak pinjam kat dia sebab dia kat miri. taknak susahkan dia. tapi dia dia cakap dia boleh je pergi miri masukkan duit. Q cakap takpe la. keep trying

++ abgku cici : Q da give up nak pinjam duit. Q nak keluarkan duit ptptn Q yang tinggal tak seberapa tu dan beli tiket pergi je. nak minta cici anta g bank. tapi dia kat rumah. tak dapat tolong. dia cakap, " so sory i cant help...wish i were there..."

++ huda : Q try msg dia. tapi dia tak respon. rupa2 nya dia tido. dia nak bagi pinjam. tapi time dia respon tu Q dah dapat duit. dia reply, "isy yeke...ok2, takpe. aku doakan supaya mama ko selamat dan cepat sembuh..ko jangan sedih2 k babe. papehal contact aku k. sory tak dapat tolong ko..huhu"

kesimpulannya malam tu Q tak dapat pinjam dari sape2. ada gak yang tak respon langsung. ada gak bagi alasan yang tak berapa logik macam, ''takde cash la sebab baru beli kereta". last2, ayah masukkan duit beli tiket. Q taknak susahkan ayah. mesti banyak kos lepas mama masuk hospital.

...23102010...


flight Q pukul 4 petang. doa kawan2 mengiringi kepulangan Q.

++ zara : hati2 k. panjang umur kita jumpa. kirim salam kat family

++ aida : Insyaallah. leklok yer. hope mak ko cepat sihat. kirim salam semua

++ ayunni : sori, tak dapat hantar ko pergi airport.

dalam beberapa hari Q balik ni, sentiasa ada yang update keadaan mama dari Q. macam salihin, cici, ku-z, naje, huda. minggu ni minggu last before study week. so, still ada esaimen yang kena submit & role play france. nasib baik lecturer bagi submit esaimen online. thanx to huda & fay , sebab dorang Q dapat minta postpone roleplay. thanx to fazreen sebab wat prapendaftaran kolej untuk Q. ayat fazreen sangat mensuamkan hati, "ala..kita kan member. benda kecik je la tu. Insyaallah mak mu sembuh. just b strong"

Q rasa sangat2 bersyukur. rasa bersyukur yang melimpah ruah sampai tak tau nak buat ape. Q berdoa agar Tuhan memberi kesejahteraan ke atas sahabat2 Q yang menjadi sumber kekuatan time Q susah. Q hanya mampu ucapkan terima kasih. terima kasih sangat3.


Thursday, October 21, 2010

20102010

Posted by aqilah ismail at 2:03 AM 0 comments
21 tahun lepas ade sorang budak pompuan lahir pada hari ini.

budak pompuan tu sye.

kadang-kadang sye terfikir, kalau la sye tak lahir, mesti dunia akan jadi lebih baik. *sesungguhnya perkataan, 'kalau' itu membuka pintu syaitan* haiisyh2!! mintak jauh dari pemikiran sebegitu lagi.

tahun ni, 20102010, still ade benda yang buat sye ralat.

++ i olmos lost my best babe like this big. err...i think i olredy lost her. on my besday celebration pown, dye ada cakap something yang buat sye rase, ''kalau x ikhlas, x payah buat suprise party utk sye. kalau just for the sake of casualty, not sincerity, tak payah kot''

++ my mama masuk wad. yang tu memang buat sye nanges sgt2. kenapa la sye selalu xde time mama sakit.

tapi, dalam keralatan dan air mata, still ada yang men'suam'kan hati pada 20102010 nih.

++ from my bro cici>> Happy bday nas!! semoga pjg umor murah rezeki...dapat bf bru n lulus final...Dont emo2 n think positif slalu k.. Maafkan la aku coz tiada hadiah yg dpt ku berikan kecuali persahabatn n ikatan adk beradik...May we'll owez b friend now n 4ever! Cheers...

++ from aai>>Happy besday babe!! xde hadiah g dapat aq berikan selain friendship hingga hujung nyawa...

++ from my sis nad>>Hey, luv u 2...we want 2 b da laz persons bcoz time isnt matter at all...its our luv dats matter....

++ team cheerleader sukmalindo nyanyikan lagu Happy Birthday utk sye...

++ memory surprise party yg lawak...(even part of it sgt painful)...

ade lagi la beberapa memori yang wat sye rase, 20102010 meaningful kat sye. so...

Happy Birthday to me!!! dah 21 tahun da. be matured..!! don't cry so much. be strong..!! may Allah always show me the right path...amin~~


Saturday, October 16, 2010

kamoo

Posted by aqilah ismail at 2:23 AM 0 comments
kamoo....

terima kasih....

sebab dengar sye menangis...
sebab dengar sye ketawa...
sebab dengar sye menyanyi...
sebab dengar mimpi2 sye...
sebab dengar sye marah...
sebab dengar pengalaman2 pelik sye...
sebab bagi kata2 yang menyejukkan hati...

sye tak kisah...
samada kamoo btol2 ambil berat atau tak...
yang sye tau...
bila sye perlukan someone...
only you, who came and asked, ''are you ok babe??''

terima kasih...
kalo kamoo xde...
kemungkinan besar, sye lupa macam mana nak bernafas...*hiperbola sungguh la....*

Sunday, October 10, 2010

orang angkasa dan deria ke-6

Posted by aqilah ismail at 4:00 AM 0 comments
kampus memang tengah meriah sekarang. lepas satu-satu event. pesta konvo pun belum abes lagi. cakap pasal pesta konvo, tahun ni kitorang jemput 6ixth sense sebagai artis jemputan. memang meriah abes. malam konsert tu hujan selebat-lebatnya. tapi dataran still penuh dengan penonton. sanggup tuh redah hujan. yang lagi bestnya, sanggup tuh balik dari kampus timur ke kampus barat jalan kaki. ade la dalam 5km. pukul 1 pagi. memang kelas ko maria..!

2 hari sebelum 6ixth sense datang.....

kampus telah dikunjungi oleh 3 angkasawan dari USA. 2 dari dorang ialah ayah dan anak. dorang bagi talk utk program Campus Space Walk. Q sempat gak pegi tengok even dapat dengar 1 setengah talk je. memang sangat best. talk tu dibuat kat dalam dewan kuliah. tapi student just memenuhi half je. yang lain dipenuhi student dari sekitar2 kuching.

Q terfikir. memang inilah realitinya. kalau event yang berkonsepkan hiburan, memang orang sanggup datang jalan kaki. kalau program ilmiah, nak kena dapat cop kolej dulu baru nak datang. haih~~

**entri ini untuk peringatan diri sendiri. hehehe

Tuesday, September 28, 2010

...obsession...part 3

Posted by aqilah ismail at 1:47 PM 0 comments
angin petang yang sepoi2 bahasa ni membuatkan mata Q makin berat. ditambah dengan dingin2 sebab nak ujan. memang mantopp la kalo nak tido

*yawn*

Q nak citer pasal obsesi Q pada jeans. malas nak hurai panjang2. cekidaut...!!!


ni hasil pertama Q. hehehe. ni jahit tangan jer. puncanya sebab tutup pendrive ni pecah Q pijak. pendrive ni pown pecah gak tapi Q solotep banyak2. hahaha.



yang ni dibuat time memula Q beli Ipod nih. simple jer. tapi berguna melindungi Ipod Q dari sebarang kecelakaan. meeoow..!


yang ni Q teringin nak ade pencil case besau yang boleh letak mesin kira2 saintipik. bukannye xleh beli. beselah, Q kan gedik. hahaha. credit to mama siap jahitkan labuci lagi. hee~


this one is my favorite. im using it like..everywhere. going to class, shopping, watching movies. hahaha. credit to yana coz i always want a handbag like her and credit to mama coz make my wish come true. ramai orang tanya Q beli katne handbag nih. hahaha


beg ni terhasil daripada lebihan kain buat handbag kat atas tuh. hehehe. shape dye pelik sket. tp Q memang layan jer pakai pegi kelas. bergantung kat baju yang Q pakai. hehehe


this one Q baru je amek time balik raye aritu. sampai2 je kat bilik ade beg ni atas rak baju. ingat yana punya. dye kata mama punya. tanya mama, mama kata "amek la..." Q pown grabb laa...hehehe

yang kat atas tu semuanya yang ada kat tangan Q skang. ada banyak lagi sebenarnya. macam casing pendrive adik, sling beg besar yang cun giler mama watkan utk jadi beg skolah adik (x aci tol), handbag Q yang dah di pass kat yana, beg besar ala2 paper beg, bleh isi macam2 dan pencil case yana, exactly the same dengan Q punya kat atas tuh.

...tak boring ke pakai semua benda jeans...?? ...tak malu ke pakai handbag jahit sendiri kehulu-kehilir...?? *suara2 sumbang*

boring?? xde la. buat masa ni Q kalau boleh nak tambah lagi koleksi. x kesah la pape pown. maybe new handbag with different design. ngee.... nak malu apakah..??!! for me asalkan cantik dan berkenan kat mata Q, layan jerr. lagi pown semua ni mama yang buat. memang harus dibanggakan. ^_____^

Thursday, September 23, 2010

tetibe teringat

Posted by aqilah ismail at 11:34 AM 0 comments
hari ni 14 Syawal. ade mood raya lagi nih (even Q xde mood langsung nak raye taon nih). so, SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN (ala2 orang buat ucapan raya kat tv ramai2).

okeh. Q nak citer pasal sorang mamat nih.

oh, tolongla...stop talking about boys! *suara2 halus*

Q x kenal pown mamat tu asalnya. tetiba je sebok2 kat wall FB Q. x kesah la. xde la spamming pown. xde la buat onar pown. layan je la. yang Q perasan, dye kawan gak dengan one of my girlfriend ni la, SJ bukan nama sebenar. x kesah la. sebab Q memang x kenal pown mamat tu. lama2 jadi kawan. tukar2 email. tukar2 no tepon. siesly juz friend. no other intention. Q kan suke membebel. so, mamat ni salah sorang mangsa yang kena selalu dengar Q membebel la. pastu dye pown suke membebel balik kat Q. kira memang kawan yang normal (emphasis2!!).

one day, mamat ni citer kat Q pasal 1 insiden yang jadi kat dye. Q pown ter'slip tounge' tanya kat SJ ni pasal insiden tu. SJ cakap, 'eh, dye x cerita kat aku pown. owh, xpe. sampai hati dye tak cerita kat aku.' pastu terus SJ tu badmood. wat muka dengan Q.

apakah??!!

okeh. maybe dah ade something special between them tapi Q tak perasan. tindakan pertama Q lepas jadi menda x best dengan SJ tu, Q delete no mamat tu kat tepon (giler x matang la). pastu delete YM dye (lagi x matang). tu je yang Q leh terfikir time tu. rela hilang mamat yang come out of nowhere dari hilang one of my girlfriend. mamat tu still anta msg kat Q. Q cakap direct je. Q nak kurangkan msg dengan dye. alasan Q, takut dye bosan dengan Q.

haih...bukan sekali jadi camni kat Q. tolongla...jangan la tengok Q sebagai pesaing. kalo nak sangat mamat tu, grabbb je la.

Tuesday, September 7, 2010

28 jam sebelum pulang

Posted by aqilah ismail at 4:14 PM 0 comments
bangun2 je dari tido, 1st think yang pop-up kat ruang Q berfikir,
"weyh, kain x jemur lagi. sempat ke kering ni?"
Q pown bangun dengan niat nak pegi jemur kain. Q bukak je pintu, Putih, makhluk berbulu yang tinggal kat umah ni macam dye pown bayar sewa untuk 1 sem masuk dan buat onar kat bilik Q.

konpom. lapar la tu.

Q pown bagi la makan. carry on dengan menjemur kain. setel je jemur, langit pown bertukar warna. haih2. lantaklah. asalkan da jemur. masuk je bilik, Q pandang je almari. baju apa nak bawak balik esok ni. pastu tetiba teringat. span mandi mama x beli lagi. lain kali la kot. Q pown sambung golek2 kat katil. makhluk berbulu tu still lagi ketuk2 bilik Q. dari malam tadi. maybe niat dia nak temankan Q. tapi bila Q bagi masuk je, dia buat onar. cakar2 tikar baru Q. huu~~ baru sehari pakai. dah jadi tempat asah kuku si Putih ni.

*jengah ke luat tingkap*

langit mendung betul ni. Q teringat aida cerita malam tadi. flight dye hampir terhempas sebab kena sambar petir. semua orang dalam flight tu menjerit. cuak gak Q dengar. hope 8.50 malam esok, cuaca baik. langit penuh bintang2.

*toleh kiri kanan*

nak buat apa ni ek? assignment cam banyak lagi belum siap. tapi siesly xde mood nak buat. oh, baru teringat. nak print tiket flight. hehehe... peringatan diri sendiri. boleh je pown kalo tunjuk IC je. emm...mata kanan Q dah berkedip-kedip dari kelmarin. hope adalah benda baik Q nak tengok. hehehe...

*bangun dan keluarkan printer*

masa untuk print. nak print jugak la benda2 merepek lain. bab menghabiskan ink printer memang Q expert. hoho...


...okeh. sebenarnya Q sangat bosan...

Wednesday, August 11, 2010

mimpi...part 2

Posted by aqilah ismail at 7:41 AM 0 comments
disebabkan net cam jarang2 muncul and Q pun dah lama x update blog nih, so, hari ni Q nak try post entry sebanyak mungkin. hahahaha...

*gelak evil* -pause- *breath in..breath out*

ok. Q nak cerita pasal mimpi. setting : rumah along. casting : Q just kenal diri Q je dalam mimpi tu. plot : bak kata dalam movie Inception tu, selalunya dalam mimpi kita takkan tau apa sebenarnya permulaan mimpi kita *uhuk2* yang Q ingat Q duduk depan pintu rumah along then tetiba ada seorang mamat nih wat suprise dengan pegang 2 dress kaler merah and putih. dye suruh Q pakai time dinner Liasson Officer (mesti time ni otak sangat excited nak pegi dinner tu..haih2). Q x kenal pun sapa mamat tuh in real life. dalam mimpi Q tu dye bf Q tapi kitorang cam gado kot. dats why dye datang bawak dress tu konon nak pujuk Q.

then, Q cam blur2. pastu bf Q ni datang bawak 3 lagi besfren dye (cam citer boys over flower lak). sorang besfren dye cakap,
"Q, amek la dress tu. cian kat ... (x dgr dye sbut sape)."

pastu bf Q tu plak cakap,
"x pe lah. jom la kita balek. Q x suke dengan dress nih"

diorang pun blah and Q kejar bf Q tu and clinched *uhuk3* on him. pastu Q cakap
"thanx for coming back"

kawan2 dye plak wat2 pandang tempat laen. borak pasal burung2 terbang la. pokok2 la. pastu ade sorang kawan dye ni nak pinjam komik. Q pun ajak la sume2 masuk rumah. Q buatkan air. kawan dye yang nak pinjamkan komik tu g selongkar bilik Q pilih komik. Q pun duduk la borak2 dengan bf Q tu tengok2 dress yang dye bawak tadi. dedua cantik. tp dress kaler putih tu ada 2 biji button tercabut. pastu Q tersedar. Q x ingat Q pilih dress yang mana.

Q pun cerita la mimpi Q ni kat alia. Q x pernah taw pulak alia bleh baca mimpi. hahaha...alia cakap, hint yang boleh Q dapat dari mimpi Q tu, somebody from my past will come back sebab Q ada cakap thanx for coming back. pasal dress tu pulak, red dress melambangkan love. white dress melambangkan friendship. kalau Q pilih merah which mean Q akan pilih love and the other way around. lepas tu buttons yang tercabut tu melambangkan akan ada friendship yang akan renggang. kalau Q fix that buttons, which mean Q akan fix friendship yang dah renggang.

fuh...berpeluh jugak Q dengar alia cakap tu. Q x kenal pun sume2 mamat dalam mimpi Q tu. yang pastinyer, mamat yang nak pinjam komik tu lagi hensem dr bf Q.

intepretasi sendiri : mungkin Q akan jumpa mamat hensem yang sama minat dengan Q. hahahaha....

...mimpi mainan tido...

...obsession... part 2

Posted by aqilah ismail at 7:27 AM 0 comments
hehehe...on 9th Aug, ada dinner untuk meraikan liassion officer yang duty time MAP 2010. theme of the night : colourland. as usual, Q pakai baju yang Q buat sendiri. tapi x berapa nak colourland la. x cukup bajet...huu T_T. Q reuse je kain extra Q buat dress previous dinner. tapi hasilnya agak memberansangkan *proud2*. hee~~



...ada org cakap Q macam sailormoon...

Tuesday, July 13, 2010

soul

Posted by aqilah ismail at 2:12 AM 0 comments
how i wish i can get my soul back.
i miss that excitement.
i want to laugh like i used to.
Ya Allah, help me.
forgive for my sins.
i want the emptiness in my heart disappear like it never exist before.
Ya Allah, give me a sign.
what should i do now.
me and him are getting far apart.

...please, i want to see your smile again...

Sunday, July 4, 2010

bicara hati dan akal

Posted by aqilah ismail at 1:36 AM 0 comments
akal : kenapa kau muram?

hati : aku tak tahu. jantung berdegup seperti ada yang tak kena

akal : aku tahu, kau tahu sebabnya. apakah niatmu ke sini?

hati : niatku untuk berjuang. Lillahi taala

akal : jadi? apa sebabnya kau gusar begini?

hati : pabila mata melihat dia, aku tahu, niatku goyah. jantung berdegup kencang. aku cemburu. aku tidak dapat bersama mereka terutamanya dia. aku pernah berdiri di tempat mereka berdiri sekarang. aku meronta-ronta untuk bersama mereka lagi. tapi aku sedar, itu tak mungkin terjadi. aku sakit, merintih. aku seperti hendak menjerit, "lihatlah aku! aku di sini. aku pernah berjuang bersama kalian dulu. kenapa tinggalkan aku begini...??"

akal : Istighfar sahabat. segala yang terjadi ada hikmahnya. mungkin mata akan melihat sesuatu yang lebih menyenangkan kau. mungkin kulit akan merasa semangat dan keikhlasan orang di sekeliling kau sehingga kau terasa hangat. betulkan niatmu sahabat. jika kau masih merintih, biarlah mata menangis untuk malam ini sahaja. bibir akan perlu menguntumkan senyuman esok hari. walaupun tempat kita dan mereka tak sama, matlamat kita semua cuma satu. jadi, perjuangan harus diteruskan. dan, jika dia masih menganggap kita sahabat, dia akan kembali kepada kita.

hati : terima kasih akal. aku cuma ada kau ketika ini.

...i want to be there, like i used to...

Sunday, June 27, 2010

kedai kopi

Posted by aqilah ismail at 9:14 AM 0 comments
sepanjang Q praktikal kat jabatan veterinar klang, ayahlah yang hantar dan ambil Q balik kerja. ada 1 petang ni, masa balik kerja, lalu kat sebuah kedai kopi kecilk kat tepi jalan. pastu ayah start lah cerita epik dia. ayah bagitahu Q yang dia suka sangat kedai kopi yang macam tu. orang cuma datang dengan objektif nak minum kopi atau teh. pastu makan kuih sikit. tu je. ayah cakap selalunya kuih yang ada kat kedai kopi ni pulut cawan (Q pun xtaw yang mana), kuih cekodok pisang yang besar penumbuk tu, goreng pisang dengan karipap bentuk 4 segi inti kentang dengan daging. x perlu la makanan atau minuman yang extravaganza.

ayah bagitahu Q lagi, dulu kat kampung ayah, kat n9 berhadapan masjid batu 3, pedas (dekat je dengan umah atuk nasir) ada 1 kedai kopi. sebenarnya kat situ ada 3 buah kedai. orang kampung panggil '3 serangkai'. kedai getah, kedai runcit, dengan kedai kopi. area tu penuh kalau lepas balik menoreh getah. mula-mula orang akan pergi jual hasil torehan kat kedai getah tu. pastu minum kat kedai kopi. b4 nak balik, singgah kedai runcit beli barang dapur sikit.

selalunya barang dapur yang dibeli tu macam beras segantang, gula sekati, garam sekati, kopi, teh. time tu timbang pakai kati. sekati lebih kurang 30 sen. kalau lah ada orang spend RM10, memang tak cukup tangan nak bawa balik rumah (Q ikut exactly ayat ayah..hehe). lepas tu kayuh basikal balik rumah. nak makan sayur petik kat belakang rumah. sawi ke, kangkung ke, bendi ke. kalau nak makan ikan, pergi lah 'ngoca' (xtaw spelling dia camne) atau bahasa mudahnya tangkap ikan. kat sungai or kat sawah. kalau kat sawah, menimba pun boleh. kawasan yang banyak air, dikepung elok2 lepas tu ditimba airnya. bila air dah tinggal sikit, nampaklah banyak ikan sepat. ala2 jackpot la. kalau hasil ikan banyak, x boleh makan sekali. kena makan 2 kali (ni pun ayat ayah jugak). yang selebihnya disalai. so, boleh tahan lama. hehehe....yang penting, makanan semua segar time tu.

kalau orang bercerita dengan mata besar, senyum meleret sampai ke telinga dan kita boleh rasa energy dia bercerita, maknanya, dia suka sangat dengan apa yang dia cerita tu. hehehe. kalau Q dengar ayah cerita mesti Q akan terkeluar ayat 'wah!!! memang kagum la'...



...mengimbau kenangan...

Wednesday, June 23, 2010

de televisiĆ³n

Posted by aqilah ismail at 3:22 PM 0 comments
Q memang suka tengok TV. dari kecik lagi Q suka tengok TV. mama cakap masa kecik2, zaman Q pakai drypers lagi, Q paling suka tengok iklan susu Dumex. hehehe...kena cari balik iklan tu. dalam memori Q, time Q kecik2, time tu da x pakai drypers la, Q suka sangat tengok TV dekat2. sampai nak cecah hidung kat TV tu. rasanya tu lah punca utama Q pakai spek sekarang (menyesal2). emm...time kecik2 gak, dalam memori Q, Q paling takut tengok iklan penderaan kanak2. kena cari jugak iklan tu. hehehe...

Sejak dah besar2 ni, konsep menonton TV Q jadi demanding. Q cuma nak tengok cerita yang happy2 jer. cerita yang kelakar. cerita yang happy ending. sesungguhnya pilihan utama Q ialah cartoon. cerita bersiri korea dengan jepun yang jalan ceritanya tak berat dan sedih menjadi pilihan kedua. cerekarama yang boleh buat Q gelak non-stop still masuk dalam list. tak kisah la. yang penting cerita tu bukan pasal mak tiri yang jahat, anak derhaka, jiran yang dengki, mak mertua yang rampas cucu, kawan yang tikam belakang. pada Q, tak perlu semua tu. mungkin pada karyawan yang menghasilkan cerita sedemikian ingin membawa mesej dan pengajaran kepada penonton. Q setuju pasal tu. tapi, Q fikir, i'm watching TV as an entertainment. kenapa perlu tengok cerita yang kejam. my real life is already miserable. hehehe... selfish kan...


one of my favourite!!!! hehehe...


...ye..sye memang emo...

Sunday, June 20, 2010

blues tengah malam

Posted by aqilah ismail at 3:27 AM 0 comments
ku telah lelah mengikuti
(never feel this tired)
Semua langkah kakimu
(wherever u want me to be)
Dan mengharap bisa memilikimu
(dream that will never come true)
Berbagai cara telah aku lakukan
(i even picked up a star)
Untuk hidupmu
(just wanna see your smile)
Hingga aku mengorbankan hidupku
(but it seems not enough for you)

Buka hatimu
(i beg you)
Bukalah sedikit untukku
(it means a lot to me)
Sehingga diriku
(i pray)
Bisa memilikimu
(even for a while)

Betapa sakitnya
(i try to bear with it)
Betepa perihnya hatiku
(even i need to sleep with a broken heart)
Selalu dirimu tak menganggap ku ada
(can you look at me...just me... even once)

Buka Hatimu by Armada

...the pain...the tears...saranghae...

Friday, June 18, 2010

dari bukit ke sungai

Posted by aqilah ismail at 4:05 PM 3 comments
walaupun cerita ni cam dah mula nak tumbuh kulat, tapi Q tetap nak cerita jugak...(apakah??!). last saturday Q ikut along pergi reunion. mula-mula Q ingat reunion time along kat UPM dulu. rupa-rupanya time kat hostel Toh Puan Norasyikin. Giler lama la. Lebih kurang 20 tahun lebih. Asalnya memang ada antara diorang yang dah lost contact. tapi, takdir dan Facebook telah menemukan diorang kembali. ok. Q bukan nak cerita pasal kebaikan Facebook yer di sini. tapi Q nak sampaikan yang friendship last forever.

reunion ni diorang buat kat Sumting2 Rimba Resort (x ingat nama tempat) kat Sg. Congkak. semua bawa family masing2. diorang buat konsep 'potluck'. along datang bawak sate. hehehe. Q dapat la menyaksikan along dan kawan-kawannya 'menjoyah'. cerita pasal family, kerja. yang paling best bila diorang cerita pasal memory kat sekolah dulu. pasal cikgu tu la..cikgu ni la... Q salute dengan kerjaya diorang. yang datang bukannya kerja calang2. termasuk lah along. tetiba terasa cam Q lak yang menjoyah sebab menyibuk dengar orang tua2 bercerita. hahaha... Q melihat diorang seperti melihat masa depan. tapi masa depan yang tak pasti la. dalam 20 tahun lagi, Q dapat jumpa balik ke dengan kawan-kawan Q, my best babes, the shisha crew. emm...tu semua ketentuan Tuhan kan. hehehe...


ni la bekas-bekas student yang pernah stay kat hostel Toh Puan Norasyikin...hehehe



hehehe...hope 20 tahun lagi pun kita still bestfriends...


Thursday, June 17, 2010

telah di tagged

Posted by aqilah ismail at 4:15 PM 3 comments
5 Brand That You Like The Most
emm...x pernah tgk brand la kalau beli barang. asal cun kat mata sye, pe lagi, GRABB....

5 Countries That You Wanna Go
-Italy, specifically Venice
-England
-Japan..(nak g usha amal)
-Aussie..(nak g usha Hani)
-Korea...kot

5 Countries That You Don't Wanna Go
emm...xde kot. bila lagi nak travel around the globe. hehehe

5 Item That You Like The Most
-comics..!!!
-my Lappy...can't live without it..
-my CDs collections
-my DIY things
-ice-cream..!! included kan..??

5 People That You Love The Most
-my family
-my beloved friends
cam dah lebih 5 jer...hehehe

5 People That You Hate The Most
-yang suka menipu
-si periuk yang mengata cerek itam
-yang suka jalan denga sye juz nak buat dia nampak lagi bagus...huh
-yang suka memandang rendah kat orang lain
-sape lagi ek...ha..salesgirl yang suka menyibuk time sye nak beli baju..hate them!!

5 Color That You Like The Most
-black!!! luv it so dem much!!
-red
-purple
-white
-baby pink

5 Color That You Dislike The Most
its not that i dislike,but they wont be my first choice
-yellow...sama dengan amal
-green
-orange
-blue
-grey (da xde choice..hehe)

5 Things That You Dream The Most
-nak biar mama dengan ayah lepak dan buat apa yang diorang suka buat without thinking about making sate to give us such a good life
-belikan ayah kereta baru
-bawak mama g spa yang buat full service punye...
-bawa family g holiday
-good husband with 2 kids

5 Of Your Positive Character
emm..ada ke..?? yang ni rasanya cam orang lain kena tengok. hehehe..

5 Of Your Negative Character
-suka tido
-malas. segala benda malas nak buat
-suka buat kerja last minute
-berdendam...tapi xleh nak buat ape. stress2...
-sangat besar cam giant..

5 Moments That You Missed The Most
-time kat sekolah rendah
-time kat kusess. even banyak nangis.
-time kat kmph
-sebelum sye jatuh sungai dan menyebabkan lutut sye bengong
-time mak ada lagi

5 Moments That You Don't Want To Remember At All
-benda yang buat sye trauma sampai sekarang....
tu je rasanya. yang lain boleh diterima sebagai pengalaman yang membawa kematangan...chewahh!!

5 Positive Character Of Your Best Buddy
one word...satu kepala...eh, cam 2 plak...

5 Things That You Happy To Do Most (For Your Entire Life)
-making sate
-singing...even x sebaik amal..hahaha
-doing DIY things...hehehe
-a good housewife with good education background...ehem2..
-loving comics...!!

5 Things That You Regret The Most
-belajar main2 time kat kmph...
-knowing a pilot...
-x ikut mak dengan along pergi jusco 6 tahun dulu
-buat mama nangis
-fall in love with my bestfriend...

Favorite Animal?
starting to love cats...hahaha

Favorite Quote?
"Be yourself and everything gonna be just fine".
from anime Fruit Basket

Favorite Actor
jim carrey and johnny depp...

Favorite Actress
cameron diaz and angelina jolie

Favorite Things That You Do When You Are Alone
watching movies...pastu fikir camne nak mencantikkan bilik...hahaha

Favorite Website
youtube,facebook,realitylapse,one manga,ebay...

Favorite Moments
tido...!!!

Favorite Sports
archery even da lama x main. sekarang dah sangat suka main netball...hee

Favorite Vegetable
ladyfinger...

Favorite Comedies
jim carrey and afdlin shauki.

Tag this to 10 person
-hani
-balqis
-erny
-kak semah
-farah
....sape2 yang jengah entry nih...hehehe

...sesi soal jawab...
 

aku dan sesuatu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez