Showing posts with label hati teruja. Show all posts
Showing posts with label hati teruja. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

bergambar seperti di studio

Posted by aqilah ismail at 3:14 PM 2 comments
lagi 2 hari je nak puasa! hehehe. tak sangka btol. cepatnye masa berlalu. ini adalah Ramadhan pertama selepas 10 tahun Q berpuasa kebanyakan harinya di perantauan. camne ek feeling puasa kat umah dah besar2 nih. haih2.

lately, ade idea terpop-up dari otak utk photoshoot raya tahun nih (obviously puasa pown belom ok!!) buat photo booth kat umah! ok. maybe idea Q lame. tp memang Q teringin sangat. nak g amek gambo kat studio cam mahal lak. pastu cam segan2. idea lbey kurang camni.


ok. kan bagus kalo Q jumpe colour pencil dalam laci meja opis nih. terasa pucat giler sketch Q (nama pown sketch!!) 

Bajet dan alatan!!!
kurang dr RM30 boleh kot. kain ela putih dalam RM3 semeter. 4 meter cukup kot. yg laen tu kertas warna, kotak, kerusi meja makan, frame gambo, ketupat daun kelapa....

Kamera!!!
Pinjam kamera along atau abg cik. kamera Q sgt la cap ayam nyer. tapi boleh guna gak kalo dah desperate sangat. kamera hp adek pown bleh gak.

Ruang!!!
emm...Q dah jumpe ruang yg seswai kat umah tu. tp byk sgt barang kat situ. kena la mengemas. jangan ayah ade plan laen utk space tu dah la.

So, dalam proses nak mengemas ruang yang sekangkang kera tu, Q terjumpa barang2 memori Q. agak banyak yer. 

kad matrik masa zaman muda2!  bertudung labuh ya Q ketika itu

 
gamba my best babes yg Q potong2 dari gamba2 kat skola dulu. gamba ni Q letak dlm purse dr form 3 sampai form 5. dari kiri atas; naje, amal, fara, aleng, hani, mummy, sege (sory babe! lighting cam haram!), daia, nanoe

kad matrik masa kat matrik (nampak tak permainannya kat situ) hahaha. dah uzur da kad ni

topi yg dapat masa Q orientasi. sekali dgn baju & beg. baju & beg dah lusuh abes dah



 
baju dgn topi nih Q dapat masa Q first time jadi Liaison Officer utk minggu Aluan Pelajar 1st year tahun 2010. baju dgn topi nih budak 1st year yg dapat sepatutnya. disebabkan kitorg jadi LO, kira cam token la

 yang ni batch yang sume LO pakai masa tahun 2010

 nih batch LO tahun 2011. baju da bagi kat ayah. topi xtaw katne. hahaha

 nih T-shirt budak zoology 3rd year, 2011. xtaw knapa, t-shirt nih buruk dr ape yg kitorg imagine. so, Q x pernah pakai. hehehe

 bits nih, kak cha bagi. ade byk lagi, tapi dah patah. huhu

 ni baju latihan Airforce masa Q jadi kadet Intermediate. yg Q syg sgt baju nih sbb ade nombor tentera Q. hehehe

 
 T-shirt nih masa Q jadi Pengarah Projek untuk karnival sukan Airforce Unimas - UiTM. super stress!
  
 T-Shirt ni masa Q tauliah. alangkah suke la dorang ni kaler merah mak ngah camni

 
 nih member card Q kat saloon CuttingEdge, Kuching. murah, bez, hairdresser pown da kenal muke Q da. hehehe

  nih sebahagian tiket wayang sepanjang Q kat Sarawak.

 ni gelang yang Q, cici dgn salihin ade. xtaw la dorang ingat lagi tak gelang nih

okeh...berbalek kepada photo booth Q tadi, hope tiada aral melintang la. hahaha. terima kasih sekalian!



Friday, May 25, 2012

setiap gambo ada kisahnye

Posted by aqilah ismail at 2:15 PM 0 comments
ok. sebenarnya nak wat title 'setiap gambar ada lagunya' macam tagline Yuna utk canon. tapi macam x brape nak kena plak. hehehe. Q tgh browse gambo dalam camera dengan pendrive sbb memory da penuh. byk yg akan kena delete. terjumpa la gambo2 yang ntah biler2 ntah. majoritinya Q tak save pown lagi. these are photos yang menarik hati Q. so, lets cekidaut!

 
 kita mulakan dengan gambo ayahanda dan bonda. emm..gambo raye taun lepas rasenye.

 ni gambo ayah kat umah nenek sebelah. giler ceria lah. hahaha

 ok. yang ni masa dinner LO 2010. dua org besfren yg sengal

 
 kami bajet buat iklan suar jeans

 gambo ni candid sebenarnye. tapi sgt nice

 hehehe...ni masa merdeka celebration. dorang ni wakil kolej utk perarakan berbasikal.

ni masa pesta konvo. UNIMAS jemput semua IPTA utk memeriahkan pesta konvo dgn persembahan kebudayaan. Q jadi fasi utk UM. diorang buat tarian India. gambo ni gambo peserta dari UM dan UTM bersama fasi terchenta

ni masa mlm persembahan. awek cute kat tgh tu dari UiTM. dorang buat keroncong

 adegan ni masa kitorang tunggu turn nak ambil gambao ikut IPTA. saje wat propa kat dpn dewan. hehe

 gambo nih kat depan umah sewa kat johor masa family Q pegi tgk Q tauliah. memba Q pown tumpang skali. pokcik baju merah tu ayah dye.

 gambo yg bajet kat depan klcc nih snanye amek kat lobi karaoke. hehe

ni hari last Q ade kat sarawak lpas abes blaja. memang tersangat sdey tym tu

 
ni gambo di kuantan. sampai2 kuantan, check in, tros carik mapley nak tgk bola. masa ni malaysia vs vietnam

kami ke kuantan g wedding. b4 gerak ke umah penganten, posing dlu kat tepi sungai. just love this couple. hehehe

ni kazen Q yang sangat semangat. hehehe. masa ni tengok bola malaysia vs indonesia. mmg berbaloi bersesak kat sri pentas

semangat ombak rindu! hari kedua keluar dah pegi tengok kat the curve

 muke happy yana sebab first tym dlm flight. Q pown x penah ade gambo dlm flight. ceh!

 ni dewan konvo UNIMAS. batch kami rasmikan dewan nih. *bangga2*

 this one is my FEVERET! (tu pasal la besar sket). yana yang amek gambo nih. yang Q suka kat gambo nih sebab kami2 yang kat belakang tu. sangat candid!

 
 ni masa kami pulang jubah. semangat skuad Q ni pakai baju istiadat tym konvo. lelaki ok la. kalo Q pakai baju istiadat tym konvo la, mmg sgt x smartnye

 walaupun gambo nih blur, tp rasanye boleh cam kot sape dalam gambo nih. mantan PM kita dtg ke UPM. yana pinjam kamera Q tym nih

 gambo nih b4 main kompang kat 1 wedding kat pulau indah. merah mak ngah giler bibir awatif (the most left). hahaha

yang ni masa persembahan tarian untuk wedding anak buah kak lang yang konon kat dewan besar tu. hahaha. semangat anak2 buah Q berlatih

rasenye cukup-cukuplah dulu wat masa ni. nak g solat zohor pastu sambung kerja balek. hehehe. ciao!

Tuesday, December 20, 2011

siapa bagi sedap...?

Posted by aqilah ismail at 11:47 AM 0 comments
uhuk..uhukk..uhuk...

*kibas2*

Giler berhabuk la blog Q nih. kronik betul habuk dye. x sempat langsung nak update. Q baru lepas balik dari putrajaya. tetiba hari ni tergerak lak nak bukak.

*door bell berbunyik*

sape lak datang nih. owh...ade akak nak jadi cleaner. sory la kak. opis kami memang dah ade cleaner.

*sigh*

hari ni baru hari selasa ke? rasa cam dah lama giler tak balik rumah. padahal ayah baru je hantar pergi kerja semalam. hahahaha. emm..last week memang balik tergesa-gesa. kalau Q dah kata nak balik, nak balik jugak. tak kira la dah lambat ke, hape ke. bak kata bos Quality Time atau pun bak kata kak nanad, Q Time. hehehe.

Ok. back to my title. last sunday night, pergi lepak dekat Laguna Park. Ucu, Maksu & Rumaisa' pun datang sebab nak makan sate. Cute giler la Rumaisa' nih. kecik sangat sepupu Q sorang nih. pastu taknak kat orang lain. memang lagi rasa nak picit2 pipi dye. diselitkan beberapa pic Rumaisa' yang sgt kiut-miut untuk tatapan. kredit kepada Facebook maksu. kalau dye taw Q commercialize-kan anak dye, mau kena hempuk nih. hee~







cute kan???!!! ringan sangat dye nih. hehehe. maksu orderkan dye nasi goreng ayam kunyit. dialog manje ibu dan anak ketika makan pun bermula (imagine nada cute seorang ibu yer)

maksu : alala...sedap tak?
Rumaisa' : *angguk2* shedapp...
maksu : sape bagi sedap?
Rumaisa' : Allah...
maksu : pandaii...

Jawapan Rumaisa' memang wat Q stop makan pastu pandang dye. giler tulus ah jawapan budak nih. syabas ah Ucu dengan maksu. terbaek ah didikan. hope sampai besar la ketulusan Rumaisa' nih. emmm...tetibe rase nak kawen gak la. lalalala~~ ok. sambung wat keja. babai..!

Wednesday, July 20, 2011

ibu, marikh dan leftenan muda

Posted by aqilah ismail at 12:46 PM 2 comments
fuhh...setelah seminggu idop kat swak tanpa hala tuju, akhirnya, dengan izin Tuhan Q berjaya membeli tiket fireflyz berharga RM133.25 beserta beg 25kg. hahahaha. emm.. jam menunjukkan pukul 12.34 pm. dah ade kat airport dari pukul 9.30 am. flight Q pukul 3.20 pm. memang berjanggut la menunggu.

*yawn*

sambil nak tunggu flight, 'berehat' dulu kat surau (berehat lagi sedap sket bunyik dari lepak). sejuk giler. nak tido pun takleh. kang tido buatnye terlepas flight memang meraung. tengok muvee adelah best solution. teringat ade 2-3 muvee baru download blom tengok lagi. pilih2. emm...citer nih cam menarik.


memule ingat citer biase jer. rupe2nyer memang touching abes la. basah gak la baju. lagi2 hati Q nih memang lembut cam thai silk. hahaha. citer nih sangat seswai utk anak derhaka mahupun separa derhaka. kasih sayang ibu memang takde ganti. huu...mama. sdey la plak tetibe. sabar2.

lambat lagi nak check in nih. mintak2 takde probs kat kaunter kang. cakap pasal check in nih, Q teringat pasal tiket balik dari johor utk tauliah hari tu. masa pergi still tulis 'Pegawai Kadet Udara (W) Nas 'Aqilah binti Ismail'. time balek terkejut sebab kat tiket tu tulis "Leftenan Muda Nas 'Aqilah binti Ismail' giler ah!! hahaha. terasa cam cool giler. xtaw mane tiket tu. Q ade simpan rasenyer. kenangan siot! nak wat entry full pasal tauliah cam malas. mood tauliah dah kureng. letak gambo penting2 je la. kira ok la kan dari takde. hee~


malam akrab pegawai kadet. UNIMAS dapat no 4 dari 14 IPTA plus dpt anugerah busana terbaek. baekk punyer!


penantian satu penyiksaan. team kawad UNIMAS dapat no 6 sebab ade 2 org separa pengsan. kalo x la, da dapat no 3.


pemeriksaan barisan oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim. Tuanku jugak yang bagi watikah. tapi bila sampai org ke 700++ dah jadi kelam kabut sbb Tuanku nak majlis cepat selesai. sampai kat UNIMAS Airforce yang memang last sekali nih, memang macam kartun la.


pose seorang Leftenan Muda. chewahh..!! huu...pipi tersembul keluar dari tudung. sipot tol!


barisan pegawai dan jurulatih PALAPES UNIMAS. yeah! kitorang da masuk golongan pegawai. hahaha...

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG, SEBUAH KAMERA

Syukur Ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia Nya Q dapat selesaikan latihan 3 tahun yang penuh kepayahan
Kepada ayah, mama, along, yana, adik sebab sentiasa bagi semangat dan bersusah payah datang ke johor tengok Q tauliah
Kepada jurulatih yang still bagi peluang kat Q even Q selalu wat hal
Kepada UTHM sebab jadi tuan rumah yang boleh dikatekan ok la
Kepada abg cik, sebab bagi pinjam v-cam
Last, kepada skuad2 Q yang support Q
Thanks to all

okeh. da abes flashback. nak ready pegi check in nih. doakan Q selamat sampai. bye~<3

 

aku dan sesuatu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez