Showing posts with label tentang mereka. Show all posts
Showing posts with label tentang mereka. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

anak wayang

Posted by aqilah ismail at 6:11 PM 0 comments
Alhamdulillah...lepas lagi 1 paper arini. paper arini pown tersangat membunuhnya. skop luas giler. takleh bajet pown ape yang masuk. haih2...

emm...Q tergerak nak tulis menda nih lama dah. tapi ketiadaan En. Internet kat umah ni membantutkan niat tulus ikhlas Q. hehehe. cerita bermula dengan perkenalan time join program kat U. pastu sebesar2 malaysia nih kitorang boleh terserempak kat mid valley. pastu jadi la member. dye nih student cinema. kawan dengan dye wat Q dapat tengok setiap yang keluar kat kaca tv tu dari perspektif yang berbeza. tengok iklan nugget je pown, dye boleh bagi pendapat macam2. kalau dye auta pown Q tak taw la kan. hehehe. tapi still menarik kawan dengan dye. mana taknya,
  • dye suka buat photoshoot
  • buat video klip
  • rakam suara Q pastu edit cam buat album tuh
  • kat bilik dye de banyak kamera
  • siap ade mic boom lagi
..............macam amalia gak kan. hehehe.

baru2 nih Q lepak bilik dye. dye suruh baca 1 novel nih. final year project dye kaji pasal karya2 the late yasmin ahmad. novel tuh tajuk dia, Yasmin Ahmad's Film by Amir Muhammad. ni cover novel tuh


Q memang suka tengok filem2 dgn iklan2 the late yasmin. novel nih mengulas setiap scene dalam karya beliau. memang sangat2 menarik novel nih. lagi2 bila Q dah tengok semua filem beliau. pastu bila baca novel ni Q akan terkeluar ayat, ''owh..camtu rupenya. '' kadang2 kita ingat kita faham fully filem tu tapi sebenarnya meaning dia lagi dalam. hehehe. dari novel nih Q dapat taw yang bukan Q sorang je tak puas hati dengan watak 'Melur' dalam filem ''Talentime''. dari novel nih jugak la Q baru taw yang cerita ''Gubra'' yang Q ingat ending dia tergantung tu, ada happy ending at the end of the credits. Orked kawen jugak dengan Jason! hahaha. pastu tuan punya buku a.k.a member Q tu cakap

''bila kita tengok movie ke drama ke, kita kena hargai orang. sebab tu kadang2 karyawan letak ending yang betul2 ending lepas abes credit. untuk penonton yang betul2 hargai karya dia''

emm...betul jugak kan. biasanya kalau kita tengok wayang, baru keluar nama pelakon yang 1st kita dah bangun dah. lepas baca novel nih, Q jadi berkobar2 nak kumpul semua karya the late yasmin. ''Mukhsin'' dah ade kat umah. siap cd ori lagi. hehehe. kawan dengan member Q ni jugak, bagi peluang kat Q buat benda yang Q suke wat tapi takde dah lama tak buat iaitu berlakon. hahaha. ni la 1st time Q berlakon depan kamera. selalunya atas stage je. short film tu siap masuk mini festival film award lagi. kelas tak kelas. hahahaha.

p/s : ikan tenggiri ikan yu, jaga diri i love you... -gubra-

Thursday, November 18, 2010

ape benda nih...??

Posted by aqilah ismail at 1:49 AM 0 comments
spisis A marah kat spisis B sebab kat depan nampak baik, pastu kat belakang kutuk2, dok bawak mulut, dok bukak kedai kopi, tah hape lagi. tapi spisis A ni plak kat depan nampak sabar, happy, kat belakang, bengang pastu dok mengata spisis B nih. spisis A tak suke sebab spisis B hipokrit, abes tu, spisis A tu hape..?? tak ke cerek mengate si periuk (keluar lagi proverb ni...^^).

semua orang sentiasa pakai topeng. cerek ke, periuk ke, memang same-same hitam.

by the way, kalau bengang dengan spisis B, jangan satu ecosystem kamoo salahkan. ecosystem kite kecik jer. jangan ingat semua sama dengan spisis B.

sye dah bertambah susah nak percaya kat hati orang lain. thanks la...

Sunday, June 27, 2010

kedai kopi

Posted by aqilah ismail at 9:14 AM 0 comments
sepanjang Q praktikal kat jabatan veterinar klang, ayahlah yang hantar dan ambil Q balik kerja. ada 1 petang ni, masa balik kerja, lalu kat sebuah kedai kopi kecilk kat tepi jalan. pastu ayah start lah cerita epik dia. ayah bagitahu Q yang dia suka sangat kedai kopi yang macam tu. orang cuma datang dengan objektif nak minum kopi atau teh. pastu makan kuih sikit. tu je. ayah cakap selalunya kuih yang ada kat kedai kopi ni pulut cawan (Q pun xtaw yang mana), kuih cekodok pisang yang besar penumbuk tu, goreng pisang dengan karipap bentuk 4 segi inti kentang dengan daging. x perlu la makanan atau minuman yang extravaganza.

ayah bagitahu Q lagi, dulu kat kampung ayah, kat n9 berhadapan masjid batu 3, pedas (dekat je dengan umah atuk nasir) ada 1 kedai kopi. sebenarnya kat situ ada 3 buah kedai. orang kampung panggil '3 serangkai'. kedai getah, kedai runcit, dengan kedai kopi. area tu penuh kalau lepas balik menoreh getah. mula-mula orang akan pergi jual hasil torehan kat kedai getah tu. pastu minum kat kedai kopi. b4 nak balik, singgah kedai runcit beli barang dapur sikit.

selalunya barang dapur yang dibeli tu macam beras segantang, gula sekati, garam sekati, kopi, teh. time tu timbang pakai kati. sekati lebih kurang 30 sen. kalau lah ada orang spend RM10, memang tak cukup tangan nak bawa balik rumah (Q ikut exactly ayat ayah..hehe). lepas tu kayuh basikal balik rumah. nak makan sayur petik kat belakang rumah. sawi ke, kangkung ke, bendi ke. kalau nak makan ikan, pergi lah 'ngoca' (xtaw spelling dia camne) atau bahasa mudahnya tangkap ikan. kat sungai or kat sawah. kalau kat sawah, menimba pun boleh. kawasan yang banyak air, dikepung elok2 lepas tu ditimba airnya. bila air dah tinggal sikit, nampaklah banyak ikan sepat. ala2 jackpot la. kalau hasil ikan banyak, x boleh makan sekali. kena makan 2 kali (ni pun ayat ayah jugak). yang selebihnya disalai. so, boleh tahan lama. hehehe....yang penting, makanan semua segar time tu.

kalau orang bercerita dengan mata besar, senyum meleret sampai ke telinga dan kita boleh rasa energy dia bercerita, maknanya, dia suka sangat dengan apa yang dia cerita tu. hehehe. kalau Q dengar ayah cerita mesti Q akan terkeluar ayat 'wah!!! memang kagum la'...



...mengimbau kenangan...

Friday, June 18, 2010

dari bukit ke sungai

Posted by aqilah ismail at 4:05 PM 3 comments
walaupun cerita ni cam dah mula nak tumbuh kulat, tapi Q tetap nak cerita jugak...(apakah??!). last saturday Q ikut along pergi reunion. mula-mula Q ingat reunion time along kat UPM dulu. rupa-rupanya time kat hostel Toh Puan Norasyikin. Giler lama la. Lebih kurang 20 tahun lebih. Asalnya memang ada antara diorang yang dah lost contact. tapi, takdir dan Facebook telah menemukan diorang kembali. ok. Q bukan nak cerita pasal kebaikan Facebook yer di sini. tapi Q nak sampaikan yang friendship last forever.

reunion ni diorang buat kat Sumting2 Rimba Resort (x ingat nama tempat) kat Sg. Congkak. semua bawa family masing2. diorang buat konsep 'potluck'. along datang bawak sate. hehehe. Q dapat la menyaksikan along dan kawan-kawannya 'menjoyah'. cerita pasal family, kerja. yang paling best bila diorang cerita pasal memory kat sekolah dulu. pasal cikgu tu la..cikgu ni la... Q salute dengan kerjaya diorang. yang datang bukannya kerja calang2. termasuk lah along. tetiba terasa cam Q lak yang menjoyah sebab menyibuk dengar orang tua2 bercerita. hahaha... Q melihat diorang seperti melihat masa depan. tapi masa depan yang tak pasti la. dalam 20 tahun lagi, Q dapat jumpa balik ke dengan kawan-kawan Q, my best babes, the shisha crew. emm...tu semua ketentuan Tuhan kan. hehehe...


ni la bekas-bekas student yang pernah stay kat hostel Toh Puan Norasyikin...hehehe



hehehe...hope 20 tahun lagi pun kita still bestfriends...


Saturday, February 20, 2010

ikatan seteguh tali kapal

Posted by aqilah ismail at 10:32 AM 2 comments
emm...apa yang orang biasa buat bila tibanya 14hb Feb..?? benda2 yang tipikal orang buat bila tibanya ari yang menguntungkan florist ni

>bagi bunga..(tu dah konfem la)
>g makan2...
>g tengok wayang
>kalo yang kaya sket, g holiday...
>g makan aiskrim
>lots of hugs and kisses

ironinya, 14hb feb aritu, Q g umah kawan mr. ss sebab kakak kawan dye tunang. Q x pernah knal pown kawan dye nih. sampai2 jer trus mak dye suruh Q naik rumah dan drag Q msuk blik bride. nama akak tu k.fiza. sangat la cantik..(obses tengok org cantik..hee~~) agak malu la sebab selalunya yang duduk dalam bilik bride tu orang yang rapat je. nasib baik ada kawan mr. ss ni, fifi, temankan Q. hantaran memang superb. sempat gak la Q tanya berapa bajet untuk hantara..(giler busy body la..)

groom's side sampai agak lambat. memang da berpeluh2 la menunggu. kesian mr. ss sebab kena tunggu sorang2 kat bawah. bila groom's side sampai jer, tetiba Q rasa agak bertuah sebab ikut mr. ss sebab Q dapat tengok adat pertunangan untuk melayu Sarawak...(terasa macam belajar hubungan etnik plak)

>1st tym tengok orang tunang siap ada agreement yang ditandatangani oleh saksi sume. siap ada akad lagi. Q pun ringan mulut la bertanya kat m.cik k. fiza ni, "so, lepas tunang ni x boleh putus la..??" hahaha...m.cik dye jawab, "kiranya tunang ni bukanlah perkara main2. ikatan yang teguh la..." (kena carik org Swak ni...hahaha)

>lepas dah sarung cincin, ada marhaban. semua lelaki yang berurusan tawar-menawar tadi yang marhaban. pastu bride akan diarak kat semua orang yang marhaban tadi, salam semua orang dan direnjis macam baby cukur jambul tu. abes make-up k.fiza. penuh air bedak kat dahi..hee~~

lepas setel semua, kitorang makan, dan berundur diri. mr. ss memang x menghayati langsung. hahaha... lepas Q tengok majlis tadi, Q rasa, ni la valentine yang paling bermakna pernah Q rasa. Q melihat ikatan yang kukuh, semakin dikukuhkan dan akan dikukuhkan lagi nanti. suka dengar ayat mr.ss, "thanx jadi my valentine untuk setengah hari." hahaha...

...tercapai hasrat nak makan nasi minyak...

 

aku dan sesuatu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez