Wednesday, July 20, 2011

ibu, marikh dan leftenan muda

Posted by aqilah ismail at 12:46 PM 2 comments
fuhh...setelah seminggu idop kat swak tanpa hala tuju, akhirnya, dengan izin Tuhan Q berjaya membeli tiket fireflyz berharga RM133.25 beserta beg 25kg. hahahaha. emm.. jam menunjukkan pukul 12.34 pm. dah ade kat airport dari pukul 9.30 am. flight Q pukul 3.20 pm. memang berjanggut la menunggu.

*yawn*

sambil nak tunggu flight, 'berehat' dulu kat surau (berehat lagi sedap sket bunyik dari lepak). sejuk giler. nak tido pun takleh. kang tido buatnye terlepas flight memang meraung. tengok muvee adelah best solution. teringat ade 2-3 muvee baru download blom tengok lagi. pilih2. emm...citer nih cam menarik.


memule ingat citer biase jer. rupe2nyer memang touching abes la. basah gak la baju. lagi2 hati Q nih memang lembut cam thai silk. hahaha. citer nih sangat seswai utk anak derhaka mahupun separa derhaka. kasih sayang ibu memang takde ganti. huu...mama. sdey la plak tetibe. sabar2.

lambat lagi nak check in nih. mintak2 takde probs kat kaunter kang. cakap pasal check in nih, Q teringat pasal tiket balik dari johor utk tauliah hari tu. masa pergi still tulis 'Pegawai Kadet Udara (W) Nas 'Aqilah binti Ismail'. time balek terkejut sebab kat tiket tu tulis "Leftenan Muda Nas 'Aqilah binti Ismail' giler ah!! hahaha. terasa cam cool giler. xtaw mane tiket tu. Q ade simpan rasenyer. kenangan siot! nak wat entry full pasal tauliah cam malas. mood tauliah dah kureng. letak gambo penting2 je la. kira ok la kan dari takde. hee~


malam akrab pegawai kadet. UNIMAS dapat no 4 dari 14 IPTA plus dpt anugerah busana terbaek. baekk punyer!


penantian satu penyiksaan. team kawad UNIMAS dapat no 6 sebab ade 2 org separa pengsan. kalo x la, da dapat no 3.


pemeriksaan barisan oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim. Tuanku jugak yang bagi watikah. tapi bila sampai org ke 700++ dah jadi kelam kabut sbb Tuanku nak majlis cepat selesai. sampai kat UNIMAS Airforce yang memang last sekali nih, memang macam kartun la.


pose seorang Leftenan Muda. chewahh..!! huu...pipi tersembul keluar dari tudung. sipot tol!


barisan pegawai dan jurulatih PALAPES UNIMAS. yeah! kitorang da masuk golongan pegawai. hahaha...

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG, SEBUAH KAMERA

Syukur Ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia Nya Q dapat selesaikan latihan 3 tahun yang penuh kepayahan
Kepada ayah, mama, along, yana, adik sebab sentiasa bagi semangat dan bersusah payah datang ke johor tengok Q tauliah
Kepada jurulatih yang still bagi peluang kat Q even Q selalu wat hal
Kepada UTHM sebab jadi tuan rumah yang boleh dikatekan ok la
Kepada abg cik, sebab bagi pinjam v-cam
Last, kepada skuad2 Q yang support Q
Thanks to all

okeh. da abes flashback. nak ready pegi check in nih. doakan Q selamat sampai. bye~<3

Friday, May 6, 2011

di pertama kalinya

Posted by aqilah ismail at 1:30 PM 0 comments
huh..Alhamdulillah. abes dah exam. cam tak caya je dah abes 3 taon Q belaja kat sini. hehehe... mudah2an takde la tahun keempat dan kelima.

''final year project tak setel lagi yer nas. jangan nak enjoy sangat.'' erk...kena sound dengan member sebelah.

emm..bila ingat2kan balik, banyak benda dah jadi sepanjang 3 taon nih. lagi2 benda yang 1st time Q buat. antaranya...
  • naik kapal terbang
  • pergi kelas naek bas
  • main pool
  • guna pistol
  • guna m16
  • guna stayer
  • beli ipod online
  • pergi jom heboh
  • buat water confident
  • repailing
  • study kat mcd pastu pegi exam terus
  • mountain climbing
  • join pertandingan menyanyi lagu asli
  • buat kerja sukarelawan
  • berlakon short film
  • masak untuk 150 orang
  • dapat surprise birthday party
  • belajar main piano (tapi x pandai2 pown)
banyak lagi rasanya. belom termasuk makan segala makanan sarawak dengan menari tarian sarawak plus pegi sume tempat bez kat sarawak nih. hahaha...okeh. mari sambung siapkan report FYP nih. ngantuk sebenarnya nih. balik tido dulu la. ciao!!

Tuesday, May 3, 2011

anak wayang

Posted by aqilah ismail at 6:11 PM 0 comments
Alhamdulillah...lepas lagi 1 paper arini. paper arini pown tersangat membunuhnya. skop luas giler. takleh bajet pown ape yang masuk. haih2...

emm...Q tergerak nak tulis menda nih lama dah. tapi ketiadaan En. Internet kat umah ni membantutkan niat tulus ikhlas Q. hehehe. cerita bermula dengan perkenalan time join program kat U. pastu sebesar2 malaysia nih kitorang boleh terserempak kat mid valley. pastu jadi la member. dye nih student cinema. kawan dengan dye wat Q dapat tengok setiap yang keluar kat kaca tv tu dari perspektif yang berbeza. tengok iklan nugget je pown, dye boleh bagi pendapat macam2. kalau dye auta pown Q tak taw la kan. hehehe. tapi still menarik kawan dengan dye. mana taknya,
  • dye suka buat photoshoot
  • buat video klip
  • rakam suara Q pastu edit cam buat album tuh
  • kat bilik dye de banyak kamera
  • siap ade mic boom lagi
..............macam amalia gak kan. hehehe.

baru2 nih Q lepak bilik dye. dye suruh baca 1 novel nih. final year project dye kaji pasal karya2 the late yasmin ahmad. novel tuh tajuk dia, Yasmin Ahmad's Film by Amir Muhammad. ni cover novel tuh


Q memang suka tengok filem2 dgn iklan2 the late yasmin. novel nih mengulas setiap scene dalam karya beliau. memang sangat2 menarik novel nih. lagi2 bila Q dah tengok semua filem beliau. pastu bila baca novel ni Q akan terkeluar ayat, ''owh..camtu rupenya. '' kadang2 kita ingat kita faham fully filem tu tapi sebenarnya meaning dia lagi dalam. hehehe. dari novel nih Q dapat taw yang bukan Q sorang je tak puas hati dengan watak 'Melur' dalam filem ''Talentime''. dari novel nih jugak la Q baru taw yang cerita ''Gubra'' yang Q ingat ending dia tergantung tu, ada happy ending at the end of the credits. Orked kawen jugak dengan Jason! hahaha. pastu tuan punya buku a.k.a member Q tu cakap

''bila kita tengok movie ke drama ke, kita kena hargai orang. sebab tu kadang2 karyawan letak ending yang betul2 ending lepas abes credit. untuk penonton yang betul2 hargai karya dia''

emm...betul jugak kan. biasanya kalau kita tengok wayang, baru keluar nama pelakon yang 1st kita dah bangun dah. lepas baca novel nih, Q jadi berkobar2 nak kumpul semua karya the late yasmin. ''Mukhsin'' dah ade kat umah. siap cd ori lagi. hehehe. kawan dengan member Q ni jugak, bagi peluang kat Q buat benda yang Q suke wat tapi takde dah lama tak buat iaitu berlakon. hahaha. ni la 1st time Q berlakon depan kamera. selalunya atas stage je. short film tu siap masuk mini festival film award lagi. kelas tak kelas. hahahaha.

p/s : ikan tenggiri ikan yu, jaga diri i love you... -gubra-

Friday, April 29, 2011

more and more

Posted by aqilah ismail at 1:59 AM 0 comments
emm...rasanya Q penah terdengar, terbaca tak pown tertengok muvee yang ade cakap ayat nih

''if you love someone, love him more''

Q pown penah bagi semangat kat orang guna ayat nih. macam la power sangat dalam love matter ni kan. ayat ni je yang mampu terkeluar dari mulut Q. hehehe... Q pernah berpegang dengan ayat nih. tapi tu la. orang kata kesabaran ada hadnya. sampai bila nak sayang orang kalau orang tu sekali pown tak pernah toleh kat kita. mari bergerak dari perasaan ini!!

huu...de exam pukul 2.30 petang karang. waktu sekarang ketika Q menaip ayat nih ialah 2.13 pagi. pergh...da la banyak giler lagi tak study. tapi mata da ngantuk. malam ni terpaksa tido bilik memba. de budak rumah atas kena histeria. tak berani nak tido sorang2. huhuhu... memang ayat Quran dah berkumandang dah kat bilik nih. saket hati plak tengok memba Q nih gado dengan bf dia. rase nak sepak jer bf dia. dah tau awek dia lemah semangat, lagi nak takut2 kan awek dia. haih2...nih nak cipta bf sendiri nih macam citer Absolute Boyfriend.

okeh. setelah berbincang dan mempertimbangkan keadaan sekarang, better Q tido. sambung study lepas bangun. yeah! mari tido. btw, good luck la untuk Q dalam Environmental Impact Assessment exam jap lagi. hehehe...



hehehe...before tido, imagine dulu bf yang Q cipta muka cam TOP nih nyanyi lagu nih kat Q (ok. Q tau. Q dah post MV nih kat semua tempat). hahaha...good night.

Monday, April 25, 2011

tiupan seksofon

Posted by aqilah ismail at 5:29 PM 0 comments
arghh...arini baru hari 1st exam. huu...tapi giler susah la. ada 2 paper arini. paper 1st tuh konfiden lagi jawab. paper 2nd tuh memang membunuh. macam ade harapan nak repeat lagi sekali jer paper tuh. takmo2!!! takmo berumahtangga kat unimas nih!!! huu...

adeh2 *sambil picit2 kepala* istighfar2...

ada 3 paper lagi. mari lah kumpul semangat, kumpul tenaga, kumpul cakra, kumpul lah hape2 yang patut untuk teruskan stadi untuk lagi 3 paper nih. mari lupekan sekejap stress 6 jam jawab exam tadi dengan mendengar irama jazz. hahahahaha...memang takleh blah la.




yeah!! itu dia..!! sean ghazi..!! memang terbaek dari ladang la suare dia. hehehe..

Monday, April 18, 2011

kau pergi

Posted by aqilah ismail at 1:40 AM 0 comments
sejak 2 menjak nih, Q terase rajen gler nak update belog nih. sebab rase perlu tulis ape yang Q fikir pastu baru perasan pe yang Q fikir tu tah pape. hehehe. aaaaa......giler tak larat ah. nak tido tak dapat. ni sume mesti pasal menda ni nih. jap2
  • mata merah. check!
  • mata gatal2. check!
  • idung merah. check!
  • idung gatal2. check!
  • bersin non stop. check!
  • saket kepala. check!
sah! memang dah sahih dah. nih sume pasal alergi bulu kucin nih. nyesal Q main dengan Putih tadi. sabar je la. Q penah dengar yang sakit tu Allah datangkan untuk menghapuskan dosa2 kecil. tapi, memang kucin yang bernama Putih dan berumur 2 taon lebih nih akan Q banned dari dekat dengan Q *membara!*

dengan mata yang dah bengkak sebab alergi nih, makin bengkak lepas Q tambah dengan nanges macam orang mati laki. nih sume pasal citer Talentime. lepas je tengok citer tu, dengar je lagu aizat yang before nih tak bagi efek pown dalam idop Q, terus menitik air mata. otometik! nih2 lagunyer. lirik memang membunuh dari setiap penjuru.

kau pergi by aizat

sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari
kau pergi...pergi...
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

lagi sadis bila dengar part yang de bunyik instrumen cina tuh. memang teresak2. kronik gler. part ''kaulah laguku, kau irama terindah...tak lagi ku dengari...'' memang berlegar2 je dalam kepala otak Q. pastu diikuti lagu2 yang kitorang selalu karok same2. memang terima kaseh la.

nota kaki utk diri sendiri : jangan letak lagu nih dalam ipod!


Saturday, April 16, 2011

sengal kuasa 3

Posted by aqilah ismail at 5:06 PM 0 comments
okeh. Q tau, Q antara orang yang paling lambat tengok cerita nih. bukan Q tak taw pasal kewujudan cerita nih. tapi malas gila nak tengok. even dah ramai kawan2 yang convince Q suruh tengok cerita nih, Q tetap tegar menutup mata, memekakkan telinga dan membiarkan cerita nih berkulat kat dalam external hard disc. tapi, after Q tengok vlog IniAnwarHadi, baru Q tergerak nak tengok. hahaha. takleh blah btol. inilah dia ceritanya. jeng..jeng...jeng...


lambat setaon 3 bulan better dari tak tengok langsung kan. hahaha. jalan cerita memang terbaek dari ladang. separuh dari cerita nih wat kilang air mata Q bekerja keras. nasib baek happy ending. kalo tak, memang dah delete tros dah dari external (emo2). dalam cerita nih Q rase aamir khan memang giler cute la (statement nih telah disokong sepenuhnya oleh yana). dah 46 taon kot dia taon nih. citer nih kuar taon 2009 kira umur dia 44 taon mase tuh pastu dalam citer nih jadi student kolej engineering.


compare dengan zaman citer Mann dulu, muka dia memang tak banyak berubah. either
  • makeup tebal
  • cucuk botox
  • tak pown memang dia awet muda
hehehe....citer nih mengajar Q yang ikatan persahabatan tuh memang sepatutnya kuat. 10 tahun lost contact pown, still tak berubah pape. Q harap sangat, Q dengan best babes yang lagi 10 orang tuh, jadi macam 3 orang sengal dalam citer nih. hehehe...hope surat 10 tahun kitorg akan datang jadi kenyataan. bukan isi surat tuh yang penting, tapi friendship yang still kuat sampai 10 tahun akan datang tuh yang penting.

yeah...sekali lagi Q meletakkan gamba 5 taon lepas nih sebab ni je gamba yang kitorang sume full. hahaha. friendship forever...<3

 

aku dan sesuatu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez