hari ni Q nak citer 1 citer rakyat (skema gler)...hahaha..kisah seorang pengembara yang terlalu baik hati. kisah bermula....
Pada zaman dahulu, ada seorang pengembara yang sangat baik hati. kebaikannya telah membuatkan dia selalu ditipu. apabila dia sampai ke satu kampung, ada seorang lelaki berjumpa dengan dia dan berkata, "tolong saya!! anak saya sakit. tolong beri sedikit duit." pengembara itu pun berilah kesemua duitnya. kemudian, datang lagi seorang perempuan dan berkata, "tolong beri saya sedikit duit. saya dah 3 hari tak makan." kerana sudah kehabisan duit, pengembara itu pun memberikan kasutnya kepada perempuan itu. pengembara itu terus membantu semua orang yang datang meminta bantuan dengannya. dia berasa sangat gembira sedangkan dia tidak tahu yang dirinya telah ditipu. sampai 1 ketika, apabila tiada lagi yang tinggal pada dirinya, pengembara itu pun meneruskan perjalanan tetapi melalui hutan kerana malu. apabila sampai di tengah hutan, pengembara itu pun terjumpa dengan seorang (seorang??!!) syaitan. syaitan itu menyatakan yang dia lapar dan mahu makan kaki pengembara itu. pengembara itu pun beri kakinya untuk di makan. apabila pengembara itu hanya tinggal kepalanya dan syaitan itu makan matanya, syaitan itu berkata, "aku hendak memberikan hadiah kepada kau." dia meninggalkan sekeping kertas yang tertulis 'BODOH' di hadapan muka pengembara itu. disebabkan pengembara itu dah tak nampak apa hadiah yang diberikan oleh syaitan itu, dia menangis dan mengucapkan, "terima kasih..!! terima kasih..!! inilah pertama kali ada orang memberikan hadiah kepada saya. terima kasih...!!" pengembara itu pun mati dengan senyuman kebahagiaan di bibirnya...
tajuk asal cerita ni Pengembara Yang Bodoh. kalo x salah Q cerita rakyat Jepun. 1st tym Q dengar, Q rasa sangat terkesan. pengembara tu membantu tanpa memikirkan diri dye. apa yang dye tau, orang lain hepi. Q terfikir, boleh ke Q jadi camtu. sesungguhnya memang lumrah manusia apabila memberi, mesti mengharapkan balasan secara langsung atau x. emm...ape yang Q nak sampaikan ni...?? hehehe.. Q pun xtaw.
...jangan pernah penat membantu orang lain...
0 comments:
Post a Comment