Tuesday, December 20, 2011

siapa bagi sedap...?

Posted by aqilah ismail at 11:47 AM 0 comments
uhuk..uhukk..uhuk...

*kibas2*

Giler berhabuk la blog Q nih. kronik betul habuk dye. x sempat langsung nak update. Q baru lepas balik dari putrajaya. tetiba hari ni tergerak lak nak bukak.

*door bell berbunyik*

sape lak datang nih. owh...ade akak nak jadi cleaner. sory la kak. opis kami memang dah ade cleaner.

*sigh*

hari ni baru hari selasa ke? rasa cam dah lama giler tak balik rumah. padahal ayah baru je hantar pergi kerja semalam. hahahaha. emm..last week memang balik tergesa-gesa. kalau Q dah kata nak balik, nak balik jugak. tak kira la dah lambat ke, hape ke. bak kata bos Quality Time atau pun bak kata kak nanad, Q Time. hehehe.

Ok. back to my title. last sunday night, pergi lepak dekat Laguna Park. Ucu, Maksu & Rumaisa' pun datang sebab nak makan sate. Cute giler la Rumaisa' nih. kecik sangat sepupu Q sorang nih. pastu taknak kat orang lain. memang lagi rasa nak picit2 pipi dye. diselitkan beberapa pic Rumaisa' yang sgt kiut-miut untuk tatapan. kredit kepada Facebook maksu. kalau dye taw Q commercialize-kan anak dye, mau kena hempuk nih. hee~







cute kan???!!! ringan sangat dye nih. hehehe. maksu orderkan dye nasi goreng ayam kunyit. dialog manje ibu dan anak ketika makan pun bermula (imagine nada cute seorang ibu yer)

maksu : alala...sedap tak?
Rumaisa' : *angguk2* shedapp...
maksu : sape bagi sedap?
Rumaisa' : Allah...
maksu : pandaii...

Jawapan Rumaisa' memang wat Q stop makan pastu pandang dye. giler tulus ah jawapan budak nih. syabas ah Ucu dengan maksu. terbaek ah didikan. hope sampai besar la ketulusan Rumaisa' nih. emmm...tetibe rase nak kawen gak la. lalalala~~ ok. sambung wat keja. babai..!

Sunday, August 14, 2011

play it sexy

Posted by aqilah ismail at 1:05 PM 0 comments
*yawn*

pergh!! mulekan entry dgn menguap. memang terbaek la. Q ade kat opis skang. hehehe. yup. da start keja. tak sangka kan. Allah nak murahkan rezeki Q. balik umah seminggu je terus dapat keja. skang nih kite kena berpijak di bumi yang nyata. Q bkn keja setara dengan bidang Q dan kelulusan Q. tapi gaji best, skop kerja best. kire ok la kan. hehehe. tapi kena berkorban sket la. jaoh dari umah. da jadi orang damansara la plak kan skang. jadi uptown girl tetibe. hahaha

pagi tadi lambat lagi pegi keja. selama 2 minggu Q keja nih, lebih 5 ari la Q lambat. hahaha.



nih muke org lambat g opis dengan baju dayah, mekap kak yus, perfume playboy dan efek gamba lomo-ish, hehehe.

perfume playboy-play it sexy... *sigh*

sdey, sayu, tangkap leleh bler teringat kat perfume nih. teringat kat orang yang bagi, kat sebab dorang bagi.

~~flashback~~

dorang bagi sumting yg mmg Q nak 2getha-getha dgn kad yang wat Q nanges beriye time tunggu flight nak balek aritu. okeh2. sudah2!! bkn xleh jumpe dorang lagi kan. life must go on. tengah tangkap2 sayu nih tetibe teringat OST Ramadan Terakhir. citer kat slot Samarinda yang Q cume kenal sorang je pelakon dalam citer tuh. hahaha. lirik lagu tuh mmg makan dalam la. hayati2.

walau aku tidak bersamamu
jangan engkau lupakan diriku
walau aku tidak di sisimu
jangan engkau lupakan namaku
kerana aku mengingatimu
kerana aku mencintaimu
andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa mencintaimu
sepenuh hati
walau kamu jauh di mataku
jangan aku hilang dalam kalbu
saat kamu samar mengingati
jangan aku terus kau lupakan
kerana aku sentiasa mengingatimu
kerana aku sentiasa menyayangimu
sepenuh hati
andai aku bisa memelukmu
pasrah aku tabah diujimu
andai aku bisa dicintai
dengan rela menyerahkan hati
kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu


lagu ni Pompa Bensin yang nyanyi. identiti penyanyi ni pown samar2 lagi. papehal pown lagu nih memang terbaek dari ladang. memang sayu jer. seswai btol dgn mood bulan pose nih. hahaha. ehem2...*wat sore cam dj* lagu ini, ditujukan kepada sahabat2 yang berada di sarawak lebih-lebih lagi kepada 2 orang abang yang tak macam abang dengan ucapan, Q rindu giler kalian semua.

nota kaki : hari nih Q buke pose kat rumah. 2 minggu kat damansara, lagi sedih dari 3 taon kat sarawak. hahaha. bye

Wednesday, July 20, 2011

ibu, marikh dan leftenan muda

Posted by aqilah ismail at 12:46 PM 2 comments
fuhh...setelah seminggu idop kat swak tanpa hala tuju, akhirnya, dengan izin Tuhan Q berjaya membeli tiket fireflyz berharga RM133.25 beserta beg 25kg. hahahaha. emm.. jam menunjukkan pukul 12.34 pm. dah ade kat airport dari pukul 9.30 am. flight Q pukul 3.20 pm. memang berjanggut la menunggu.

*yawn*

sambil nak tunggu flight, 'berehat' dulu kat surau (berehat lagi sedap sket bunyik dari lepak). sejuk giler. nak tido pun takleh. kang tido buatnye terlepas flight memang meraung. tengok muvee adelah best solution. teringat ade 2-3 muvee baru download blom tengok lagi. pilih2. emm...citer nih cam menarik.


memule ingat citer biase jer. rupe2nyer memang touching abes la. basah gak la baju. lagi2 hati Q nih memang lembut cam thai silk. hahaha. citer nih sangat seswai utk anak derhaka mahupun separa derhaka. kasih sayang ibu memang takde ganti. huu...mama. sdey la plak tetibe. sabar2.

lambat lagi nak check in nih. mintak2 takde probs kat kaunter kang. cakap pasal check in nih, Q teringat pasal tiket balik dari johor utk tauliah hari tu. masa pergi still tulis 'Pegawai Kadet Udara (W) Nas 'Aqilah binti Ismail'. time balek terkejut sebab kat tiket tu tulis "Leftenan Muda Nas 'Aqilah binti Ismail' giler ah!! hahaha. terasa cam cool giler. xtaw mane tiket tu. Q ade simpan rasenyer. kenangan siot! nak wat entry full pasal tauliah cam malas. mood tauliah dah kureng. letak gambo penting2 je la. kira ok la kan dari takde. hee~


malam akrab pegawai kadet. UNIMAS dapat no 4 dari 14 IPTA plus dpt anugerah busana terbaek. baekk punyer!


penantian satu penyiksaan. team kawad UNIMAS dapat no 6 sebab ade 2 org separa pengsan. kalo x la, da dapat no 3.


pemeriksaan barisan oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim. Tuanku jugak yang bagi watikah. tapi bila sampai org ke 700++ dah jadi kelam kabut sbb Tuanku nak majlis cepat selesai. sampai kat UNIMAS Airforce yang memang last sekali nih, memang macam kartun la.


pose seorang Leftenan Muda. chewahh..!! huu...pipi tersembul keluar dari tudung. sipot tol!


barisan pegawai dan jurulatih PALAPES UNIMAS. yeah! kitorang da masuk golongan pegawai. hahaha...

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG, SEBUAH KAMERA

Syukur Ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia Nya Q dapat selesaikan latihan 3 tahun yang penuh kepayahan
Kepada ayah, mama, along, yana, adik sebab sentiasa bagi semangat dan bersusah payah datang ke johor tengok Q tauliah
Kepada jurulatih yang still bagi peluang kat Q even Q selalu wat hal
Kepada UTHM sebab jadi tuan rumah yang boleh dikatekan ok la
Kepada abg cik, sebab bagi pinjam v-cam
Last, kepada skuad2 Q yang support Q
Thanks to all

okeh. da abes flashback. nak ready pegi check in nih. doakan Q selamat sampai. bye~<3

Friday, May 6, 2011

di pertama kalinya

Posted by aqilah ismail at 1:30 PM 0 comments
huh..Alhamdulillah. abes dah exam. cam tak caya je dah abes 3 taon Q belaja kat sini. hehehe... mudah2an takde la tahun keempat dan kelima.

''final year project tak setel lagi yer nas. jangan nak enjoy sangat.'' erk...kena sound dengan member sebelah.

emm..bila ingat2kan balik, banyak benda dah jadi sepanjang 3 taon nih. lagi2 benda yang 1st time Q buat. antaranya...
  • naik kapal terbang
  • pergi kelas naek bas
  • main pool
  • guna pistol
  • guna m16
  • guna stayer
  • beli ipod online
  • pergi jom heboh
  • buat water confident
  • repailing
  • study kat mcd pastu pegi exam terus
  • mountain climbing
  • join pertandingan menyanyi lagu asli
  • buat kerja sukarelawan
  • berlakon short film
  • masak untuk 150 orang
  • dapat surprise birthday party
  • belajar main piano (tapi x pandai2 pown)
banyak lagi rasanya. belom termasuk makan segala makanan sarawak dengan menari tarian sarawak plus pegi sume tempat bez kat sarawak nih. hahaha...okeh. mari sambung siapkan report FYP nih. ngantuk sebenarnya nih. balik tido dulu la. ciao!!

Tuesday, May 3, 2011

anak wayang

Posted by aqilah ismail at 6:11 PM 0 comments
Alhamdulillah...lepas lagi 1 paper arini. paper arini pown tersangat membunuhnya. skop luas giler. takleh bajet pown ape yang masuk. haih2...

emm...Q tergerak nak tulis menda nih lama dah. tapi ketiadaan En. Internet kat umah ni membantutkan niat tulus ikhlas Q. hehehe. cerita bermula dengan perkenalan time join program kat U. pastu sebesar2 malaysia nih kitorang boleh terserempak kat mid valley. pastu jadi la member. dye nih student cinema. kawan dengan dye wat Q dapat tengok setiap yang keluar kat kaca tv tu dari perspektif yang berbeza. tengok iklan nugget je pown, dye boleh bagi pendapat macam2. kalau dye auta pown Q tak taw la kan. hehehe. tapi still menarik kawan dengan dye. mana taknya,
  • dye suka buat photoshoot
  • buat video klip
  • rakam suara Q pastu edit cam buat album tuh
  • kat bilik dye de banyak kamera
  • siap ade mic boom lagi
..............macam amalia gak kan. hehehe.

baru2 nih Q lepak bilik dye. dye suruh baca 1 novel nih. final year project dye kaji pasal karya2 the late yasmin ahmad. novel tuh tajuk dia, Yasmin Ahmad's Film by Amir Muhammad. ni cover novel tuh


Q memang suka tengok filem2 dgn iklan2 the late yasmin. novel nih mengulas setiap scene dalam karya beliau. memang sangat2 menarik novel nih. lagi2 bila Q dah tengok semua filem beliau. pastu bila baca novel ni Q akan terkeluar ayat, ''owh..camtu rupenya. '' kadang2 kita ingat kita faham fully filem tu tapi sebenarnya meaning dia lagi dalam. hehehe. dari novel nih Q dapat taw yang bukan Q sorang je tak puas hati dengan watak 'Melur' dalam filem ''Talentime''. dari novel nih jugak la Q baru taw yang cerita ''Gubra'' yang Q ingat ending dia tergantung tu, ada happy ending at the end of the credits. Orked kawen jugak dengan Jason! hahaha. pastu tuan punya buku a.k.a member Q tu cakap

''bila kita tengok movie ke drama ke, kita kena hargai orang. sebab tu kadang2 karyawan letak ending yang betul2 ending lepas abes credit. untuk penonton yang betul2 hargai karya dia''

emm...betul jugak kan. biasanya kalau kita tengok wayang, baru keluar nama pelakon yang 1st kita dah bangun dah. lepas baca novel nih, Q jadi berkobar2 nak kumpul semua karya the late yasmin. ''Mukhsin'' dah ade kat umah. siap cd ori lagi. hehehe. kawan dengan member Q ni jugak, bagi peluang kat Q buat benda yang Q suke wat tapi takde dah lama tak buat iaitu berlakon. hahaha. ni la 1st time Q berlakon depan kamera. selalunya atas stage je. short film tu siap masuk mini festival film award lagi. kelas tak kelas. hahahaha.

p/s : ikan tenggiri ikan yu, jaga diri i love you... -gubra-

Friday, April 29, 2011

more and more

Posted by aqilah ismail at 1:59 AM 0 comments
emm...rasanya Q penah terdengar, terbaca tak pown tertengok muvee yang ade cakap ayat nih

''if you love someone, love him more''

Q pown penah bagi semangat kat orang guna ayat nih. macam la power sangat dalam love matter ni kan. ayat ni je yang mampu terkeluar dari mulut Q. hehehe... Q pernah berpegang dengan ayat nih. tapi tu la. orang kata kesabaran ada hadnya. sampai bila nak sayang orang kalau orang tu sekali pown tak pernah toleh kat kita. mari bergerak dari perasaan ini!!

huu...de exam pukul 2.30 petang karang. waktu sekarang ketika Q menaip ayat nih ialah 2.13 pagi. pergh...da la banyak giler lagi tak study. tapi mata da ngantuk. malam ni terpaksa tido bilik memba. de budak rumah atas kena histeria. tak berani nak tido sorang2. huhuhu... memang ayat Quran dah berkumandang dah kat bilik nih. saket hati plak tengok memba Q nih gado dengan bf dia. rase nak sepak jer bf dia. dah tau awek dia lemah semangat, lagi nak takut2 kan awek dia. haih2...nih nak cipta bf sendiri nih macam citer Absolute Boyfriend.

okeh. setelah berbincang dan mempertimbangkan keadaan sekarang, better Q tido. sambung study lepas bangun. yeah! mari tido. btw, good luck la untuk Q dalam Environmental Impact Assessment exam jap lagi. hehehe...



hehehe...before tido, imagine dulu bf yang Q cipta muka cam TOP nih nyanyi lagu nih kat Q (ok. Q tau. Q dah post MV nih kat semua tempat). hahaha...good night.

Monday, April 25, 2011

tiupan seksofon

Posted by aqilah ismail at 5:29 PM 0 comments
arghh...arini baru hari 1st exam. huu...tapi giler susah la. ada 2 paper arini. paper 1st tuh konfiden lagi jawab. paper 2nd tuh memang membunuh. macam ade harapan nak repeat lagi sekali jer paper tuh. takmo2!!! takmo berumahtangga kat unimas nih!!! huu...

adeh2 *sambil picit2 kepala* istighfar2...

ada 3 paper lagi. mari lah kumpul semangat, kumpul tenaga, kumpul cakra, kumpul lah hape2 yang patut untuk teruskan stadi untuk lagi 3 paper nih. mari lupekan sekejap stress 6 jam jawab exam tadi dengan mendengar irama jazz. hahahahaha...memang takleh blah la.




yeah!! itu dia..!! sean ghazi..!! memang terbaek dari ladang la suare dia. hehehe..

Monday, April 18, 2011

kau pergi

Posted by aqilah ismail at 1:40 AM 0 comments
sejak 2 menjak nih, Q terase rajen gler nak update belog nih. sebab rase perlu tulis ape yang Q fikir pastu baru perasan pe yang Q fikir tu tah pape. hehehe. aaaaa......giler tak larat ah. nak tido tak dapat. ni sume mesti pasal menda ni nih. jap2
  • mata merah. check!
  • mata gatal2. check!
  • idung merah. check!
  • idung gatal2. check!
  • bersin non stop. check!
  • saket kepala. check!
sah! memang dah sahih dah. nih sume pasal alergi bulu kucin nih. nyesal Q main dengan Putih tadi. sabar je la. Q penah dengar yang sakit tu Allah datangkan untuk menghapuskan dosa2 kecil. tapi, memang kucin yang bernama Putih dan berumur 2 taon lebih nih akan Q banned dari dekat dengan Q *membara!*

dengan mata yang dah bengkak sebab alergi nih, makin bengkak lepas Q tambah dengan nanges macam orang mati laki. nih sume pasal citer Talentime. lepas je tengok citer tu, dengar je lagu aizat yang before nih tak bagi efek pown dalam idop Q, terus menitik air mata. otometik! nih2 lagunyer. lirik memang membunuh dari setiap penjuru.

kau pergi by aizat

sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari
kau pergi...pergi...
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

lagi sadis bila dengar part yang de bunyik instrumen cina tuh. memang teresak2. kronik gler. part ''kaulah laguku, kau irama terindah...tak lagi ku dengari...'' memang berlegar2 je dalam kepala otak Q. pastu diikuti lagu2 yang kitorang selalu karok same2. memang terima kaseh la.

nota kaki utk diri sendiri : jangan letak lagu nih dalam ipod!


Saturday, April 16, 2011

sengal kuasa 3

Posted by aqilah ismail at 5:06 PM 0 comments
okeh. Q tau, Q antara orang yang paling lambat tengok cerita nih. bukan Q tak taw pasal kewujudan cerita nih. tapi malas gila nak tengok. even dah ramai kawan2 yang convince Q suruh tengok cerita nih, Q tetap tegar menutup mata, memekakkan telinga dan membiarkan cerita nih berkulat kat dalam external hard disc. tapi, after Q tengok vlog IniAnwarHadi, baru Q tergerak nak tengok. hahaha. takleh blah btol. inilah dia ceritanya. jeng..jeng...jeng...


lambat setaon 3 bulan better dari tak tengok langsung kan. hahaha. jalan cerita memang terbaek dari ladang. separuh dari cerita nih wat kilang air mata Q bekerja keras. nasib baek happy ending. kalo tak, memang dah delete tros dah dari external (emo2). dalam cerita nih Q rase aamir khan memang giler cute la (statement nih telah disokong sepenuhnya oleh yana). dah 46 taon kot dia taon nih. citer nih kuar taon 2009 kira umur dia 44 taon mase tuh pastu dalam citer nih jadi student kolej engineering.


compare dengan zaman citer Mann dulu, muka dia memang tak banyak berubah. either
  • makeup tebal
  • cucuk botox
  • tak pown memang dia awet muda
hehehe....citer nih mengajar Q yang ikatan persahabatan tuh memang sepatutnya kuat. 10 tahun lost contact pown, still tak berubah pape. Q harap sangat, Q dengan best babes yang lagi 10 orang tuh, jadi macam 3 orang sengal dalam citer nih. hehehe...hope surat 10 tahun kitorg akan datang jadi kenyataan. bukan isi surat tuh yang penting, tapi friendship yang still kuat sampai 10 tahun akan datang tuh yang penting.

yeah...sekali lagi Q meletakkan gamba 5 taon lepas nih sebab ni je gamba yang kitorang sume full. hahaha. friendship forever...<3

Friday, April 15, 2011

mata memandang hati menyebut

Posted by aqilah ismail at 6:36 PM 2 comments
huu...hari ni hari last kelas bagi semester 2 sesi 2010/2011. bermaksud, last kelas bagi pengajian Q kat sini (Insyaallah....!!!). kelas paleobiology and evolution tadi berakhir dengan sayunya. hahaha. okeh. tipu. semua orang hepi je sebab dah takde kelas pasni. lagi seminggu je lagi nak exam. giler ah!!! banyak kot lagi tak stadi.

gambar sebelom g kelas tadi. pose otometik kalo depan kemera tak kesah la ape occasion pown. lawa tak dinding bilik Q? hahaha..
selendang by kak semah.
baju oren by along (along ingat tak, yang beli kat alamanda aritu tuh).

time pegi kelas tadi, dari naek bas sampai la turun bas time balik, semua orang pandang Q pelik. okeh. orang yang sama besau dengan malik noor pakai camni, memang la orang pandang pelik kan. pastu Q terfikir,

baju Q pelik ke?
cara Q pakai selendang pelik ke?
kombinasi kaler pelik ke?

pastu Q fikir, kalo la Q pakai je tudung bawal biase Q pakai tuh, mesti Q tak rasa camni. kalo Q pakai t-shirt biase je, mesti Q tak rase camni. pasti Q terfikir lagi, camne agaknya orang yang selalu dapat perhatian public. emm...mesti la diorang tak kesah kan. orang kurus cantik. pakai bedak sejuk g kelas pown still cantik. pastu mula la Q rasa down. mula la rasa nak cungkil mata orang kat tepi2 kan.

emm...maybe ni la yang orang dok sebut2 infe#$%@$@ complex. huhuhu...Q dari dulu lagi tak reti menyebut menda complex tuh. baru2 ni je, lepas tau maybe Q de symptom2 menda complex tuh, baru Q dengan yakin dan konfidennyer menyebut, INFERIORITY COMPLEX, siap leh bagi maksud lagi.

inferiority complex is someone who have very low self-esteem. not very comfortable around other people (ade la siket). when she heard people laughing, she automatically think that they laugh at her (nih memang Q!) and anybody that whispering are talking about her (definitely Q!).

haih2. masalah dalam diri betol la. takpe2. ade masa lagi nak berubah. kan..? kan..? (tengok! tak yakin kat diri sendiri) hahaha.

Wednesday, April 13, 2011

oreo cheesecake

Posted by aqilah ismail at 5:27 PM 2 comments
brrr.....sejuknya. lab nih terover sejuk plak arini. tak suka btol bila tangan jadi numb pastu nak taip kat laptop atau taip kat henfon atau pusing knob kat microscope jadi susah. okeh. my stomach growling. lapa la plak. dah cilok dah siket kerepek pisang member sebelah nih tapi tak membantu pown. haih2. teringin nak makan menda nih.


dengan takde motifnya, Q nak share resepi nak wat menda cam sedap bernama Oreo Cheesecake nih. kena cakap omputeh kejap sebab malas nak translate resepi nih.

Ingredients

15 whole oreo cookies

6 oreo cookies coarsely chopped

1/2 cup of sugar

2 large eggs room temperature lightly beaten

1/2 cup sour cream

1 pound cream cheese (2 packages philadelphia cheese)

1 tsp vanilla extract

pinch of salt

Directions

1. Preheat the oven to 135 celsius degree. Line a standard muffin tin with paper liners
2. Place one whole cookie in each paper lining
3. In a large mixing bowl, beat the cream cheese on medium high speed until smooth
4. Gradually add in sugar, mix until very well combined
5. Beat in the vanilla
6. Drizzle in the eggs
7. Beat in sour cream and salt
8. Stir in chopped cookies by hand
9. Divide the batter between the cookie filled cups, filling each almost to the top
10. Bake for about 22 minutes or until filling is set
11. Transfer to wire rack to cool completely and refrigerate for at least 4 hours

wah...! kalo kat rumah nih, memang dah pinjam oven along dah nak wat cake nih. tak pown suruh along tolong wat kan. hahahaha. tak pown mintak along sponsor barang2 pastu Q buat. (nih sumer hint baek punyer...^__^ ).

selaen dari perut lapar, Q teringin nak masak dan makan menda nih sebab dari pagi2 lagi Q dah rase depressed (yeah2, bila harinya yang Q tak depressed kan). Q dapat msg pada pukul 3.45 pagi yang berbunyik (jap Q tgk balik. alamak! dah delete! takpe la. lbey kurang la nih)

''nas, malam sok de pelancaran something2 kat somewhere2 pkul sometime2. datang ek. really appreciate if u come. aku tengah sangat2 down nih. u really give me the strength if u juz come show ur face''

okeh. im suppose to react like, ''aww...terharunya. okeh nanti aku datang.'' but,NO. its not like im holding grudge or something. tapi, masa Q tengah down sampai nanges tiap2 malam, Q carik this person. but this person told me,

''serve u right''
''nas, the pathetic girl''
''ko kan drama queen. im sure u can survive''

sekarang, time dia down, with the same reason kenapa Q down, dia carik Q. sebab dia tau Q faham pe yang dia rasa. tapi Q yang dah berjaya move on sedikit nih, taknak lah perah limau nipis kat luka kena toreh pisau nih kan. sebab Q tau kalau Q pergi gak majlis tuh, Q akan down balik. sory sayang, i cant help you. but somehow, i feel stressed sebab tak dapat tolong this person. this symptom is normal for me who have the hearto-and-heado-not-parallelz disease. haih2.

stressed when you spell backward is desserts

so, thats why im craving for desserts setiap kali Q stress. emm...

Tuesday, April 12, 2011

lone power ranger

Posted by aqilah ismail at 3:23 PM 4 comments
arghhh....!!!!! marahnyer!!!!! kalo dah marah mule la rase nak cakap omputeh laju2....!!!!

*breath in...breath out...* istighfar2....

kemarahan tu api. kena siram dengan air. tapi kalo marah tahap Q nih, kena siram dengan air batu. baru reda sket.

*breath in...breath out....*

okeh. *senyum sampai telinga* bertemu lagi kita dalam rancangan......

cut2. dah2. jangan nak merepek banyak sangat. marah ni dah buat fuse otak Q short jap. haih2. arini wat Q sedar, Q dah sangat2 terbiasa hidup sorang dan tak bergantung dengan orang lain. rasenye dah kronik sangat dah. antara simptom2nya

  • rase biasa je bila makan kat pizza hut sorang2
  • rase cool je bile jalan sorang2
  • rase panas ati kalo tetibe kena tunggu orang lain
  • rase berbulu bila ade orang tak reti wat keputusan contohnya nak makan kat mana pastu pusing2 last2 makan kat tempat yang Q suggest awal2 tadi
  • rase hangin bila orang wat keja lambat padahal keja tu giler simple
  • tak kesah pown kalo henfon tak berbunyik 1 hari
  • dah tak tertarik pown dengan aktiviti2 kampus
Q tersentak gak. pesal la yang Q marah sangat. setiap orang ada cara masing2 (nih ayat lepas dah kena siram ais). nih bermaksud, Q dah jadi selfish. Q dah stop fikir pasal orang lain. Q dah takut nak involve dengan orang lain and end up hurting them. nih la hasilnya, bila dah lame sangat cakap sorang2, figuring what happened actually, denying everything. haih2. rosak communication skill Q yang dah develop dari tadika kemas Sri Pendamar dulu. skang cakap dengan orang pown dah malas.

takleh jadi nih. kena bersosial balik nih. nak bersosial balik time dekat U, tinggal berape minggu je lagi pown. kena start bersosial balik lepas abes nanti. kemungkinan besar Q akan kerja dengan haiwan. kiranya kurang gak la cakap kan. so, nih plan sosial akan datang, antaranya

  • gi umah kenduri selalu (sosial abes tuh. lagi2 lepak dengan makcik2 kat khemah lauk. terbaek dari ladang ah...!)
  • join kelas piano (okeh. tak taw sosialnye part mane. tapi nak join gak)
  • join kelas menari (salsa pown okeh gak. cha cha ke. asalkan menari dan communicate)
  • organize family day as in my-family-only-day selalu (kena cari keja gaji baek punyer nih..)
  • join volunteer pown cam okeh gak
tetiba teringat citer The Proposal. margaret tate nih sorang pompuan yang de karier bagus, semua orang hormat a.k.a takut kat dia. tapi dia hidup sorang2. takde kawan, takde family, takde boyfriend. kadang2 Q teringin nak jadi cam dia. cantik (sandra bullock kot!), berjaya, kaya, yang penting sorang2. tapi ending citer tuh menyedarkan Q, takde yang lagi penting dari relationship between human, love, family. beza Q dengan dia (selain tak cantik dan belum berjaya), Q ada family yang sayang kat Q. so, kalo cakap pasal future, memang macam2 boleh plan. tapi tu lah. present is more important. get a grip. ingat masih ade yang sayang. fokus stadi. fokus final project. fokuss...fokusssss!!!

Monday, April 11, 2011

cooking cooking

Posted by aqilah ismail at 1:04 PM 0 comments
fuh...arini dah isnin. dah minggu last kelas utk pengajian Q kat sini. memang tetibe sayu plak. haih2. weekend aritu plak Q memang ternak lemak je la. xde pown berniat nak menghayati momento2 terakhir kat sini. hahaha... tido pastu makan pastu tido balek pastu makan balek. selama dua hari. pastu terkejut tengok cermin. pastu rase kebaya dah tak muat. pastu harapan nak jadi model berderai ibarat kaca jatuh ke batu. hahaha...tragis2.

sumenyer berpunca sebab Q teringin nak makan macaroni and cheese. semangat nih gi unaco (supermarket paling ulung skali kat samarahan nih) beli barang nak masak.

elbow pasta a.k.a. macaroni = check!
cheddar cheese = check!
brocoli = check!
perencah mihun?! = check!
ciken ball = check!

dengan keazaman yang gigih, Q pown mula la nak masak. skali lupe susu dengan capsicum. g la turun koop beli santan serbuk (nak jimat punyer pasal). masak la. rase agak pelik memula. sume menda la Q letak. mayonis la sebab xde mustard. cili sos la sebab xde tobasco. tapi hasilnye agak memberansangkan. hahahaha.... bagi umah atas siket. bagi kengkawan kat kolej laen siket. pastu yang selebihnya Q makan utk dinner, breakfast dengan lunch. banyak tak banyak Q masak. hahahaha...

expectation

tapi ni je la yang mampu. hahaha...

teringat masa 1st year dulu. giler rajin ah masak sebab Q memang suke masak. nasi lemak la. nasi minyak la. lempeng la. time tu semangat nak masak sebab ada orang nak makan. ada orang yang suka makan masakan Q. ada orang yang sanggup makan masakan Q. ade orang kata

''kita akan buat something dengan besungguh2 bila ada orang yang hargai''

masak nasik lemak guna cili kering pastu tumbuk gune lesung tuh. gigih tak gigih. lepas dah takde orang yang nak hargai masakan Q, Q dah tak masak dah. setahun gak Q tak masak kat kolej (kat umah xyah citer ah, memang pekerjaan tetap memasak tuh!) kecuali masak air dgn megi. skang nih Q da start masak balik sebab Q sedar, even dah takde orang hargai kte, kte kena hargai diri sendiri. tu yang makan sampai tak ingat dunia tu. hahaha. sebab terlalu menyayangi diri sendiri. *runway...bye2...T_T*

Saturday, April 9, 2011

peter pan

Posted by aqilah ismail at 3:34 AM 0 comments
nih bukan pasal band peter pan yang vocalist dye cam tuuut sket tuh, nih pasal peter pan, a boy who never grown up, dok kat neverland dgn lost boys. pastu de kepten hook dengan wendy. 1st time tengok kat disney channel yang versi kartun yang super klasik tuh. pastu tengok sequel dye, Hook kat tv2. time tu peter pan dah besar dan kawen dengan cucu wendy. tapi, yang paling heart breaking, yang remake punye taon 2003. yang tu tengok 20 kali, 20 kali nanges. paling takleh lupe part last nih (part kissing tu sila abaikan kejap)



pergh....memang takleh blah la. nape la peter tak stay je dengan wendy cam lost boys yang laen. de terjumpe orang komen kat youtube, memang sdey gler ah. jap2 ek..

''i read the ending of this story book. peter went back until wendy could no longer go back to neverland because she was old already. but peter met her daughter, grand daughter...etc. of course wendy died already. the lost boys forgot about peter. they grew up like normal children. there were times they fly-sleeping and they had to be tied to their bed while they sleep until they also forgot how to fly. quite sad, isn't it?''

waa...nasib baek Q tak terjumpe buku tuh (tapi memang dah de niat nak google dah)

nih de 1 lagi komen yang sdey gak...

''but what adventures is peter gonna have now? hook dead, lost boys gone...''

tinggal la tinkerbell yang kecik berkilat tuh. pe je yang dye boleh buat. huu...sape ah yang tulis citer peter pan dengan ending sdey camnih (google jap). aaa...J.M. Berrie. 1901???! giler lame ah peter pan nih dah wujud...! nape la dye wat ending sdey camtu...T_T

sudah2...! peter yang pilih untuk taknak membesar. taknak ade komitmen. tu sume salah dye (ayat penyedap ati). Q nih makin ari makin tua. get a grip babe!! even orang dah lupe kat kite, kite tetap kena move forward (berkobar2). cam peter gak, even sume orang dah lupe kat dye, dye still bleh idop. kat neverland tuh still ade banyak kampung. dia leh carik kawan laen... (mumbling).

okeh. Q dah start merepek. 4.05am??!! giler ah! pukul brape nak bangun nih..?! okeh. jom tido. hope dapat jumpe peter dalam mimpi...^__^

Wednesday, April 6, 2011

banned!

Posted by aqilah ismail at 2:52 PM 0 comments
tengah lepak2 kat lab sambil buat esaimen. sejak beberape bulan nih, lab la tempat melepak paling efisyen skali sebab bleh wat final projek sambil online dan sejuk dan tenang dan senyap. hehehe. tetibe berkumandang lagu "lucky'' by jason mraz.

uit..!!

1st impression Q. xleh dgr btol lagu nih. tetibe je ade video klip tambahan lalu2 kat kepala otak. pastu Q terfikir, banyak gak lagu yang kalau boleh Q taknak dengar sebab ade sentimental value. memang xleh blah la kan. antara lagu2 yang Q xleh dengar tanpa ade video2 klip tambahan....

> jesnita by exist
> julia by exist
> ngajat tampi by noraniza idris
> takkan melupakanmu by radja
> jangan diucap selamat tinggal by shades
> blind by lifehouse
> permaisuri by data
> dewi by dewa 19
> never say goodbye by mario
> a whole new world ost Aladdin
> seribu tahun by imran ajmain
> hey soul sister by train
> selamat malam by faizal tahir
> ceritera cinta by jac n rio
> ku pendam sebuah duka by khatijah ibrahim
> wannabe by spice girl
> dead and gone by justin timberlake ft T.I

emm...rase2nye ade lagi kot. tak ingat la. biasenye org akan mengekspres diri melalui lagu. tapi lagu2 kat atas ni bukan ekspersi diri Q. ade yang Q tak hafal pown lirik. lagu2 ni berkemundang kat particular occasional with particular people dan orang2 tuh dah tinggal kenangan cam dalam lirik lagu "perpisahan" by aizat ft 1st edition.

*tetibe berkumandang lagu grenade by bruno mars*

haih...mesti 1 ari nanti Q akan banned lagu ni gak. mengingatkan Q masa2 mude lepak kat lab dgn memba2 smpai tgh mlm....*sigh*



Saturday, April 2, 2011

never be this positive

Posted by aqilah ismail at 5:38 PM 0 comments
bila orang yang super rapat dengan Q, yang sanggup tepon Q tengah2 malam sebab risau ada sex maniac yang stalk Q, tetiba hilang tanpa kesan, bunyik mahu pun cahaya, Q mula terfikir,
"mane la pegi dye ni?"
"apesal la tak replay msg Q?"
"apesal la Q kol just angkat 2 saat je?"
"Q de wat salah ke?"

setelah penat berfikir, dan kering air mata dalam empangan, Q pun bertanya dengan sahabat yang super duper optimis. dye suruh Q fikir yang setiap orang ada reason masing2 atas ape saje yang dorang buat. dye suruh Q fikir macam ni,

- mamat tu dah ade girlfriend. so, yang angkat tepon tu girlfriend dye. pastu girlfriend dye x kasi mamat tu reply msg Q

tak pon

- mamat tu sebenarnya ada penyakit yang kronik dan akan mati tak lama lagi. so, dye nak hilang dari hidup Q awal2. dye taknak Q sdey sebab dye saket

tak pon

- tepon mamat tu kena curik. dye tak sempat nak bagitau Q

tak pon

- mamat tu dah nak kawin. dye tak sanggup bagitau Q.

dan ade lagi la alasan yang memang ala2 sinetron pukul 2 TV3. Q memang nak fikir yang sume ni akan jadi ok cam dulu. tapi kalau dah post kat wall fb pown tak respon, tapi post org laen dye respon, memang nampak sangat la yang bukan tepon dye yang de masalah.

*sigh*

Q kena move on. mari packing dan bergerak dari posisi yang sepatutnya selesa tapi dah tak selesa yang Q bermastautin skang. gerak2!



Wednesday, March 23, 2011

demi masa

Posted by aqilah ismail at 2:59 AM 0 comments
"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
surah Al-Asr, ayat 1-2

sesungguhnye sye dalam kerugian. masa tido diabeskan dengan memikirkan benda2 yang menyerabutkan kepala otak dan membuatkan dada rasa sakit dan terasa nak pergi gym pada pukul 3.30 pagi ni nak lari kat treadmills so saket kat dada ni ilang. i need to wake up at 5.30 am. but i cant help it. i cant sleep. haih2.

one of the reason xleh tido sebab lagu "Demi Masa by Boboy" nih stuck in my head. lets see da lyric shall we...

Berbisiklah hatiku mengenangmu

Saat percintaan kita berlalu

Sepi mencengkam dalam hati

Menambah luka

Seandai ada aku keriangan

Hasrat menyentuh suria hidupku

Namun tersungkur menjadi debu

Tidak pernah terduga

Perubahan cinta kita

Diakhir hayat berpisah jua

Demi masa aku cuba menghalang semua itu

Hanya kerana kasih dan sayang

Biar percintaan ini terus bersatu

Berikan aku waktu membuktikan

Oh kekasih...

Aduhai kekasih...

Tiada aku jemu menantikan keputusan

Seandainya masih rindu hulurkanlah ku sahutkan

Puas ku tersiksa bagaikan terasa

Tidak bermakna lagi

ok. let me emphasize kat part "berikan aku waktu membuktikan". boleh tak bagitau pe salah sye. at least sye boleh explain.

next part. "seandainya masih rindu hulurkanlah kusahutkan". kalo kamoo still ingat kat sye, msg la. sye still bleh trime

last part. "puas ku tersiksa bagaikan terasa tidak bermakna lagi". sye dah sampai tahap terfikir kamoo sama je dengan orang lain yang tinggalkan sye tanpa bagitau sebab pe.

sye dah hilang sayap sye. sye dah hilang banyak benda. sye taknak hilang kamoo jugak. please...


Tuesday, March 8, 2011

perbincangan meja 4 segi

Posted by aqilah ismail at 12:52 AM 0 comments

bangun2 pagi je (xde lah pagi sangat), nampak ayah tengah menulis something. rupa-rupanya resepi asam pedas. Q tanya la, selama ni Q masak asam pedas tak sedap ke. ayah jawab, sekali-sekala tukar resepi. Q pun masak la asam pedas ikan tenggiri mengikut resepi ayah. dah siap masak tu, Q, mama dengan ayah pun makan. ayah sampai 3 kali tambah. memang power asam pedas Q hari tu.


cerita bermula bila ayah cerita pasal ada budak baru nak belajar kompang buat hal. ayah smash awal2 budak2 tu. jangan nak jadi barah dalam group ni. ayah bagitau benda ni pernah jadi time zaman2 angah, abg lang main kompang dulu. ada jugak budak2 kompang buat hal, pastu ayah yang dapat nama buruk. biasala. mesti ada je orang dengki dengan ayah time ayah muda2 dulu. ayah cakap, ayah buat dek je. last2, orang tu yang akan minta maaf dengan ayah. dah arwah dah pun pak cik2 tu. ayah cakap, ayah takde pun kawan2 yang betul2 rapat. ayah kawan dengan semua orang. kawan yang nampak tapi pegang tak boleh. thats why orang sentiasa respek ayah. Q da fikir pasal kawan2 Q tym tu.


ayah pun sambung citer. dia cakap, orang memang banyak dengki dengan dia dari zaman sekolah lagi. time tu kat kampung dia tak ramai yang habis belajar. ayah antara pemuda (ayat buku teks!) yang abiskan sekolah. memang smart giler ayah time tu. sampai pegi kedai pun siap iron baju. memang takleh blah. "sebab tu ramai makwe suka", mama bisik kat Q. ayah senyum jer. ayah cakap, karisma orang tu leh nampak dari awal lagi. sampai ayah masuk kerja. pergi kerja je memang smart. sampai semua orang kat kilang tu panggil ayah cikgu la, kerani la. time tu ayah just pekerja biasa je. tak sampai 4 bulan ayah kerja, ayah terus naik pangkat jadi kerani. time tu ayah takde la pandai sangat cakap english. ada la mat saleh tu datang kat kilang. ayah try jugak speaking london dengan dia dan suruh mat saleh tu betulkan kalau ayah ada buat salah. then, ayah boleh cakap english quite well.


ayah sambung lagi dengan cerita pasal kitorang adik beradik. ayah cakap, anak2 dia memang semua ada karisma. dari along sampai kat adik. walaupun bukan ayah yang cakap, orang keliling yang memerhati akan cakap, keluarga en mail memang bagus. bila kitorang adik beradik datang kenduri, mesti orang kampung respek. time tu Q da start meleleh air mata. karisma? mesti dalam 8 orang nih, Q paling takde karisma. cam tak layak plak nak ada dalam family nih.


ayah suruh Q sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

-sihat sebelum sakit

-muda sebelum tua

-kaya sebelum miskin

-lapang sebelum sempit

-hidup sebelum mati


pastu ayah suruh Q translate surah Al-Fatihah.

"dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"

"segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam"

"yang maha pemurah lagi maha mengasihani"

"Tuhan kepada hari pembalasan"

"hanya Kau yang kami sembah dan hanya Kau yang kami meminta pertolongan"

"tunjukkan lah kami jalan yang lurus"

"jalan orang2 yang kau redhai, dan bukan jalan orang2 yang Kau murkai dan bukan jalan orang2 yang sesat"

dalam surah tu sendiri ada menyatakan bahawa kita hanya meminta pertolongan dari Allah, Tuhan kepada sekalian alam ni. bukannya daripada hamba2Nya yang lain. sentiasa jadikan hati kita sebagai rumah Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita.


banyak lagi yang ayah cerita, tapi Q macam ingat2 lupa sebab air mata xleh stop. antara ayat2 ayah yang Q ingat

"jangan anggap dugaan tu satu beban. anggap je dugaan tu satu kerja yang perlu diselesaikan"

"hidup kat dunia ni ibarat berladang kat banyak tempat. hasilnya nanti kita kan bawa kat akhirat"


kitorang duduk kat meja makan agak lama hari tu. baju Q dah basah dengan air mata. tapi ayah still cerita dengan senyuman. Q paling suka buat time travel dengan ayah macam ni. memang berbaloi dengar. hee~~ LOVE YOU AYAH!!!

Tuesday, February 8, 2011

ikan siakap

Posted by aqilah ismail at 11:59 PM 0 comments
da abes da cuti seminggu. tak terasa pown. cuti kali ni memang mengukur jalan raye je la. kalau calculate2, dlm 7 hari, 3 hari duduk dalam kereta. haih2

ok. berbalik pada ikan siakap. ada la 1 malam ni. 1 family pegi dinner kat restoran S (bukan nama sebenar). order punyer order, lauk malam tu cam mewah gak ah. nasi putih, ikan siakap sweet sour, kailan ikan masin, telur dadar, sup tulang. sampai2 jer ikan siakap tu kat meja, memang terkejut. besar giler! Q, yana dgn adek dah kira2 dah. berape la harge ikan nih. paling2 koman pown, Rm30. perut dah berbunyik2. ayah pown baca doa makan. kitorang pown start makan. nih dialog time makan...

mama : makan2...
Q : amek ikan ni ayah (sambil hulur pinggan ikan kat ayah)
ayah : bagi adek ikan ni...(ayah amek sikit pastu pas balik)
yana : amek la lauk adek...(sambil usha pinggan adek. xde lauk pown)
Q : makan ah adek.
adek : tengah makan la ni...
mama : amek ikan nye qila...
Q : mama makan la..yana, amek ikannye..
yana : yer2. nak amek la ni...

dialog ni berpusing2 sampai kitorang abes makan. tym tu kitorang gelak2, hepi2 sambil tengok citer Hani kat TV3. tapi Tuhan je la taw betapa nak menangisnya Q tym tu. semua orang cam takut2 nak makan. semua orang fikir kan orang lain sebab ikan tu mahal. tym tu Q fikir, Q mesti dapat kerja bagus. mesti dapat gaji besar supaya next tym, bila kitorang makan besar camni lagi, semua orang dapat makan kenyang2. *tekad2*

yang bestnya, tym dapat bil. hee... xdelah semahal yang kitorang sangka. ^__^


Thursday, January 27, 2011

20 random facts

Posted by aqilah ismail at 3:26 PM 0 comments
1. Pakai cermin mata
2. Sangat suka menyanyi
3. Ada lebih 10 helai baju kaler hitam
4. Belum ada lesen
5. Ada tabung bentuk bear yang sama tinggi dengan botol 1.5L
6. Pakai handbag buatan mama
7. Takut katak lebih dari takut ular
8. Suka tido
9. Pakai kasut saiz 10
10. Ada repeat 1 paper masa sem last ni
11. Dah lebih 3 bulan tak beli komik
12. Dah 2 kali deactivate Fb. Paling lama 2 minggu
13. Suka minum susu strawberi marigold
14. Sentiasa teringin nak makan sate
15. Bila tension, terasa nak g bakery
16. Suka minum susu panas letak coklat cadbury
17. Boleh main PC game lebih dari 4 jam
18. Senang hepi dengan benda yang simple
19. Berangan nak jadi model
20. in love with someone dat im not suppose to

Thursday, January 13, 2011

ngengong kejap

Posted by aqilah ismail at 2:14 PM 0 comments
somebody told me, when someone appear in your dream, that mean, his/her soul come to see your soul.

*sigh*

last night, sye mimpi kamoo. lagi. you came to s'gor and stayed at my house for a week. mama dengan ayah macam hepi je kamoo datang. ala2 homestay la plak. part yang paling sye ingat, kamoo suke dok tepi katil sye ala2 ju-on time sye tido. mama cakap kamoo suke tengok sye tido. fikir2 balik, giler ah mama nak bagi kamoo masuk bilik sye time sye tido. memang ilusi semata2 la. last part of my dream, sye pinjam keta along bawak kamoo pergi jusco bt tinggi. of coz la kamoo drive.

sakit giler dada bila bukak mata, 'oh, tu semua mimpi je ke.' yang buat sye makin sakit dada biler sye tengok hp, ada mesej kamoo. rase macam nak jerit, 'jangan la muncul dalam tido dan jaga ku' (pergh!! cam lirik lagu!)

*sigh*

your soul came to visit mine last night, is it?

Tuesday, January 11, 2011

tak halal

Posted by aqilah ismail at 10:52 AM 0 comments
klas awal2 pagi nih memamng mencabar keimanan Q. setan letak gam gajah paling power kat mata. memang siesly payah nak bangun. *haih2*

ok. perut lapar tetibe. nak makan ape ek arini.

cakap pasal makan,teringat citer sorang memba Q pasal one of my feveret food. dgn terang, jelas dan nyata tahap izhar halqi dye cakap food tu x halal. Q penah dengar gak pasal menda tu. restoran tu x dapat cert halal sebab dorang jual wine. Q ada perasan gak, restoran tu ada letak alcohol dalam food dorang, tapi dorang ada mention which food. so, pandai2 ah nak pilih food kan. bila Q argue balik menda ni dengan memba Q tu, dye cakap, "ni lah tipikal melayu. x kesah." Q macam panas gak ah dengar. cam Q je lah yang makan benda2 tak halal tu.

bro, ko g clubbing, sah2 tempat tu jual alcohol. ''aq minum coke je'' pergh..! macam la dorang asingkan cawan coke dengan hanniken. oppsss...no offense...hee~~

p/s : entry ni untuk peringatan diri sendiri. better kalau nak makan masak sendiri kan...^^

 

aku dan sesuatu Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez