bangun2 pagi je (xde lah pagi sangat), nampak ayah tengah menulis something. rupa-rupanya resepi asam pedas. Q tanya la, selama ni Q masak asam pedas tak sedap ke. ayah jawab, sekali-sekala tukar resepi. Q pun masak la asam pedas ikan tenggiri mengikut resepi ayah. dah siap masak tu, Q, mama dengan ayah pun makan. ayah sampai 3 kali tambah. memang power asam pedas Q hari tu.
cerita bermula bila ayah cerita pasal ada budak baru nak belajar kompang buat hal. ayah smash awal2 budak2 tu. jangan nak jadi barah dalam group ni. ayah bagitau benda ni pernah jadi time zaman2 angah, abg lang main kompang dulu. ada jugak budak2 kompang buat hal, pastu ayah yang dapat nama buruk. biasala. mesti ada je orang dengki dengan ayah time ayah muda2 dulu. ayah cakap, ayah buat dek je. last2, orang tu yang akan minta maaf dengan ayah. dah arwah dah pun pak cik2 tu. ayah cakap, ayah takde pun kawan2 yang betul2 rapat. ayah kawan dengan semua orang. kawan yang nampak tapi pegang tak boleh. thats why orang sentiasa respek ayah. Q da fikir pasal kawan2 Q tym tu.
ayah pun sambung citer. dia cakap, orang memang banyak dengki dengan dia dari zaman sekolah lagi. time tu kat kampung dia tak ramai yang habis belajar. ayah antara pemuda (ayat buku teks!) yang abiskan sekolah. memang smart giler ayah time tu. sampai pegi kedai pun siap iron baju. memang takleh blah. "sebab tu ramai makwe suka", mama bisik kat Q. ayah senyum jer. ayah cakap, karisma orang tu leh nampak dari awal lagi. sampai ayah masuk kerja. pergi kerja je memang smart. sampai semua orang kat kilang tu panggil ayah cikgu la, kerani la. time tu ayah just pekerja biasa je. tak sampai 4 bulan ayah kerja, ayah terus naik pangkat jadi kerani. time tu ayah takde la pandai sangat cakap english. ada la mat saleh tu datang kat kilang. ayah try jugak speaking london dengan dia dan suruh mat saleh tu betulkan kalau ayah ada buat salah. then, ayah boleh cakap english quite well.
ayah sambung lagi dengan cerita pasal kitorang adik beradik. ayah cakap, anak2 dia memang semua ada karisma. dari along sampai kat adik. walaupun bukan ayah yang cakap, orang keliling yang memerhati akan cakap, keluarga en mail memang bagus. bila kitorang adik beradik datang kenduri, mesti orang kampung respek. time tu Q da start meleleh air mata. karisma? mesti dalam 8 orang nih, Q paling takde karisma. cam tak layak plak nak ada dalam family nih.
ayah suruh Q sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
-sihat sebelum sakit
-muda sebelum tua
-kaya sebelum miskin
-lapang sebelum sempit
-hidup sebelum mati
pastu ayah suruh Q translate surah Al-Fatihah.
"dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"
"segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam"
"yang maha pemurah lagi maha mengasihani"
"Tuhan kepada hari pembalasan"
"hanya Kau yang kami sembah dan hanya Kau yang kami meminta pertolongan"
"tunjukkan lah kami jalan yang lurus"
"jalan orang2 yang kau redhai, dan bukan jalan orang2 yang Kau murkai dan bukan jalan orang2 yang sesat"
dalam surah tu sendiri ada menyatakan bahawa kita hanya meminta pertolongan dari Allah, Tuhan kepada sekalian alam ni. bukannya daripada hamba2Nya yang lain. sentiasa jadikan hati kita sebagai rumah Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita.
banyak lagi yang ayah cerita, tapi Q macam ingat2 lupa sebab air mata xleh stop. antara ayat2 ayah yang Q ingat
"jangan anggap dugaan tu satu beban. anggap je dugaan tu satu kerja yang perlu diselesaikan"
"hidup kat dunia ni ibarat berladang kat banyak tempat. hasilnya nanti kita kan bawa kat akhirat"
kitorang duduk kat meja makan agak lama hari tu. baju Q dah basah dengan air mata. tapi ayah still cerita dengan senyuman. Q paling suka buat time travel dengan ayah macam ni. memang berbaloi dengar. hee~~ LOVE YOU AYAH!!!
0 comments:
Post a Comment